Laman web dan blog sastera di Brunei.


Akhir-akhir ini saya telah cuba melakukan googling bagi mencari mana-mana laman web atau blog sastera yang dimiliki oleh penulis Brunei muncul di internet. Hasilnya hanya terdapat beberapa buah laman, akan tetapi tidaklah terlalu serious kerana kebanyakan laman ini hanya mempunyai isi kandungan yang agak terhad dan lebih suka mengetengahkan karya-karya yang sudah terbit berserta coretan masing-masing.

Antara lain laman web yang saya temui ialah http://mussidi.googlepages.com yang di miliki oleh Haji Morshidi bin Haji Marsal, seorang penulis yang pernah menerima anugerah SEA Write Award, di Bangkok, Thailand. Kemudian laman web www.asterawani.20m.com yang dimiliki oleh Persatuan sasterawan dan Sasterawani, satu-satunya persatuan penulis yang wujud dan bergiat aktif di dalam memperkembangkan sastera di Brunei.

Walau bagaimanapun kedua-dua laman web tersebut dilihat agak sukar untuk berkembang. Mussidi misalannya, lebih gemar memaparkan karyanya secara peribadi untuk tatapan pembaca, pelajar mahupun pengkritik sastera kita yang mengemari karya-karyanya. Laman web Asterawani pula dilihat hanya sebagai laman permulaan, di mana kita hanya memperolehi sedikit maklumat dan beberapa kegiatan mengenai sastera yang akan berlangsung di Brunei.

Selepas dua laman web yang saya sebut di atas (telah saya link melalui blog ini), saya hampir tidak lagi menemui laman web atau blog sastera yang ditulis oleh penulis Brunei di internet. Kecuali tiga blog - dua darinya di miliki oleh Sheikh Mansor bin Sheikh Mohammad di http://prahara1109.multiply.com dan melalui http://esasterawan.net dengan menamakan blognya ‘Camar Putih’, dan sebuah lagi blog yang masih belum lengkap iaitu http://tintamusafir.tblog.com yang dimiliki oleh Muhammad Fakhrul Razi Morni.

Ketiga-tiga blog tersebut juga tidak memperlihatkan hasil yang mengalakkan, kerana mereka hanya mempunyai satu dua tulisan yang memberi beberapa pandangan atau kritik sastera di Brunei ini dengan ala kadarnya sahaja. Selepas itu saya sendiri tidak lagi melihat apa-apa perkembangan dan apa-apa tulisan mengenai sastera di Brunei secara lebih intensif.

Saya berharap dimasa yang akan datang lebih ramai lagi penulis kita di Brunei muncul dengan laman web atau blog mereka di internet. Ini sudah tentulah akan merancakkan lagi suasana sastera kita berbanding jika kita hanya berkarya secara off-line yang sebenarnya memerlukan pengurusan masa serta media cetak yang amat terbatas.

Di Malaysia, http://www.esastera.com  kini sudahpun mula mengembangkan kegiatan eSasteranya dengan menubuhkan Persatuan eSastera Malaysia. Pertubuhan ini mempunyai rangkaian yang agak luas, iaitu meliputi setiap negeri atau wilayah, termasuk Brunei Darussalam ke dalam eSastera Wilayah Borneo bersama-sama dengan Sabah, Sarawak dan Kalimantan (Indonesia). Saya harap perkembangan ini sedikit sebanyak akan dapat dimanfaatkan oleh penulis sastera kita di Brunei secara lebih meluas melalui on-line nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi