Crafty TV Writing.

Semua orang menonton televisyen, dan semua orang mempunyai satu pendapat pada apa yang membuatkan TV adalah yang terbaik. Tetapi, Alex Epstein telah menunjukkan satu panduan yang tidak ternilai, menulis untuk televisyen merupakan satu kraf atau seni yang khusus dan amat memerlukan pengetahuan serta kemahiran

Epstein, adalah seorang penulis TV veteran dan telah menunjukkan dirinya sebagai seorang pencipta, menyediakan pengetahuan penting tentang keseluruhan proses penulisan televisyen, terutama bagi penulis muda dan penulis mapan yang ingin pergi jauh ke peringkat seterusnya. Crafty TV Writing akan menerangkan bagaimana untuk menyahkod struktur tersembunyi sesebuah siri TV.

Epstein juga menggambarkan cara-cara terbaik untuk menjana dan menulis sesuatu peristiwa, mewujudkan watak-watak yang akan ditonton, membina dialog yang menghiburkan dan cita rasa humor. Dia menunjukkan bagaimana untuk menangani semua masalah yang bermula dari penghasilan skrip yang akhirnya akan memberi manfaat bagi industri televisyen - daripada “spekulasi” skrip penulisan pertama awda, sehinggalah memperolehi royalty hasil bagi sesuatu kerja yang telah dipersembahkan.

Baru, lucu dan berinformasi. TV Crafty Writing adalah merupakan buku panduan penting kepada penulisan skrip drama, dan akan memberi kejayaan kepada awda dalam dunia televisyen.

--------------------------------------------------------

ALEX EPSTEIN adalah merupakan seorang pengarang buku Crafty Screenwriting. Dia telah bekerja sebagai seorang Eksekutif Pembangunan, Editor Cerita Televisyen dan menulis untuk televisyen lebih daripada satu dekad. Dia juga adalah pembantu penulis bagi siri drama jenaka Naked Josh dan ketua penulis untuk siri fiksyen sains Charlie Jade. Seorang graduan dari Yale University dan UCLA School dalam bidang Film dan Television, Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penulis ini sila layari blog Complications Ensue di http://complicationsensue.blogspot.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha 'secawan kopi' untuk dia terus menulis di sini