Majlis Penyampaian Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP 2008

Kelmarin Sabtu 21 haribulan November, seramai 12 orang penulis telah menerima Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP 2008, termasuk Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dengan puisinya `Ini Zat Bukan Bayangku'.
Pemenang dari tiga kategori iaitu cerpen, puisi dan syair menerima hadiah berupa wang tunai yang disumbangkan oleh Brunei Shell Petroleum (BSP), plak, sijil dan satu jilid majalah Bahana. Majlis juga diserikan dengan sesi bacaan puisi oleh para pemenang sebelum penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Awang Haji Muhamad bin Haji Abdul Rahman.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha 'secawan kopi' untuk dia terus menulis di sini