Kumpulan Puisi Nakhoda Manis: Pelayaran Kedua

Akhirnya kumpulan puisi Nokhoda Manis: Pelayaran Kedua yang mengumpul sejumlah 130 buah tajuk puisi yang saya hasilkan selama lebih 20 tahun kini telah dilancarkan penerbitannya hari ini. Saya rasa tidak perlulah saya mengulas lebih panjang mengenai kumpulan puisi ini, kerana saya lebih suka mendengar bagaimana komen pembaca pula. Dan untuk renungan bersama di sini saya petik prakata yang ditulis oleh Hajah Aminah binti Haji Momin, Pemangku Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei mengenai buku kumpulan puisi ini;

Puasa Kamis, penulis novel remaja Sebuah Pondok di Bukit Kota yang terbit pada tahun 2004 yang agak lama menyepi, kini muncul kembali dengan Kumpulan Puisi Nakhoda Manis: Pelayaran Kedua yang mengandungi 130 tajuk puisi yang kebanyakannya pernah tersiar dalam Bahana, Pelita Brunei, dan Media Permata.

Keprihatinan penulis menyingkap dan mencoretkan apa jua persoalan yang dirungkai lewat tajuk-tajuk puisi yang dijajarkan dalam kumpulan puisi ini, merupakan pengucapan yang didasari oleh pengamatan dan pengalaman hidup yang dilalui di kampung kelahiran, zaman persekolahan, dan di bandar kecil yang pesat membangun.

Kehalusan dan kelembutan bahasa dalam beberapa buah puisinya amat menyentuh rasa, walaupun ada ketikanya bernada sinis dan kritis, namun ia tetap bermakna untuk mengangkat martabat bangsa dan negara ke arah landasan yang sebenar dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Kesegaran tema, dan kerantangan mesej yang cukup tegas yang disampaikan oleh penulis melalui kumpulan puisi ini ibarat manik bergemerlapan yang boleh mencorak, dan mewarna-warnikan dunia sastera tanah air.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha secawan kopi untuk dia terus menulis di weblog ini, dan sila klik butang 'Donate' di bawah ini untuk memberi sumbangan ikhlas sambil menderma atau melalui paypal.me/PuasaK untuk secawan kopi lagi