Tawaran Penulisan Skrip Drama TV Tahun 2014

'Selamat Harijadi Mona' terbitan RTB-BMR
Kelmarin saya telah menerima sepucuk surat tawaran untuk menulis skrip drama TV bagi Tahun 2014 dari Ketua Bahagian Rancangan TV, Radio Televisyen Brunei. Tawaran itu menghendaki saya menulis sinopsis dan skrip bagi 13 episod drama bersiri dalam jangka masa 25-30 minit, dan satu drama khas dalam jangka masa 45-50 minit. Tema dan sempena drama itu pula mestilah releven dengan keadaan di dalam negeri ini.

Saya tidak tahu sama ada akan menulis skrip drama TV lagi atau tidak. Yang pasti saya masih mempunyai kemahuan untuk itu, dan berharap mampu menulis skrip drama TV lagi kerana melaluinya kita akan dapat memberi semangat dan laluan kepada penulis yang lain, terutamanya penulis-penulis muda kita untuk ikut serta menulis skrip drama TV dan memberi sumbangan yang sepatutnya.

Kali terakhir saya menulis skrip dan terlibat sama dalam penerbitan drama TV ialah dua tahun yang lepas, iaitu melalui Drama Khas Sempena 30 Tahun Biro Mencegah Rasuah yang berjudul 'Selamat Harijadi Mona' terbitan bersama Radio Televisyen Brunei dan Biro Mencegah Rasuah pada tahun 2011/2012.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.


Terima kasih jika awda sudah belanja Puasha 'secawan kopi' untuk dia terus menulis di sini