Puisi
Berikut ialah halaman khusus bagi puisi-puisi yang berupa naskhah
penulis sama ada yang pernah terbit di majalah, akhbar, dan buku mahupun
yang masih dalam simpanan penulis sekadar bahan bacaan bersama.
RAJA BERUK DAN ANAK MANTUK
Tersebutlah kisah di sebuah hutan belantara
ke mana-mana, raja beruk megah mencari lawannya
bertangan besar dan kasar kalau mencengkam
bertubuh besar dan kekar dari sebarang pukulan.
Di hutan belantara, kononnya dia adalah raja segala raja
segala mergastua menjadi gentar, lalu semuanya
mendengar dan tunduk menurut kemahuan
raja beruk selalu bangga diri kerana kuatnya tiada tandingan.
Tiba masanya, bertemulah ia dengan anak mantuk
bertangan kecil lagi lemah dalam perbuatan
bertubuh kecil lagi lembut dalam berkawan
lalu dicabar berlawan dengan segala kekuatan
kerana ia yakin anak mantuk tidak dapat bertanding.
Anak mantuk mendapat fikiran
cabaran raja beruk diterima dengan akal
mahu bertanding mencabut batangnya pokok
batangnya pokok dua tiga pemeluk besarnya di kaki bukit.
Lalu raja beruk cuba mencabut batangnya pokok
tiada bergoyang dan bergerak, akarnya tetap di tanah
walau dicuba berkali-kali, malah menjadi lemah
sehingga timbul rasa marah dan semakin tercabar.
Anak mantuk pula datang mencuba
ia berlari dan melompat di sekeliling batangnya pokok
ia terus berlari-lari dan melompat-lompat lebih pantas
sehingga batangnya pokok seakan berputar dan bergoyang
raja beruk memandang jadi pening, lalu rebah dan pengsan.
Segala mergastua di sebuah hutan belantara bersorak riang
anak mantuk pula jadi pemenang, juga wira dan penyelamat
dari rasa megah, penindasan, dan salah guna kuasa
raja beruk lalu menghilang, entah ke mana.
kota batu
18/02/2021
SANG UNGGAS MASIH TERBANG
DAN BERKICAU RIANG
"Ada ramai pengunjung,
di pusat membeli-belah -
di sebalik perintah berjaga-jaga.
'Dunia kita masih dijangkiti wabah.
Nah, sekarang jangan pergi ke sana -
atau ke mana-mana ikut-suka-hatimu ...!'
Matahari bersinar cerah.
Sang unggas masih terbang dan berkicau riang -
di sebalik rasa bimbangku."
bebuloh
10/8/2020
ATAS NAMA BUMI YANG KUPIJAK INI
Atas nama bumi yang kupijak ini
Atas nama bumi yang kupijak ini
umpama sebuah lantai pentas
yang semakin runtuh
oleh sandiwara-sandiwara yang
senghaja dipermainkan
kini Timur atau Barat
sama-sama meledak peluru dan berperang
atas nama perikemanusiaan
atau keselamatan negeri
atau atas dasar kepentingan
sendiri.
Lalu persidangan sering dimulakan
secara langsung di TV
dan media-media sosial
berorientasikan digital dan internet
dipertontonkan kepada
khalayak - di mana-mana
atas sebab-sebab
pertelingkahan yang bak angin kencang
bertiup dan melanda sebuah pulau
kecil di tengah lautan
telah berlaku sengketa yang
berpanjangan dari lontaran batu-batu kecil
dari tangan-tangan kecil yang
menuntut haknya
untuk sebuah damai yang
dirampas.
Kelmarin, menurut sebuah Agensi
Berita Antarabangsa
di Ramallah - sekurang-kurangnya
69 orang cedera
ketika ribuan penduduk
Palestin menyertai tunjuk perasaan
di sempadan Gaza. Manakala Kementerian
Kesihatan Gaza berkata,
kebanyakan mangsa terkena
peluru hidup
selain mengalami sesak nafas,
kerana
terhidu gas pemedih mata yang
dilepaskan tentera Israel.
Bantahan dikenali sebagai
‘Great March of Return’
memasuki minggu ke-79 sejak
tercetus pada 30 Mac tahun lalu.
Sejak itu, seramai 334 rakyat
Palestin terbunuh
dan lebih 32,000 lagi cedera.
Menurutnya lagi, perhimpunan
setiap Jumaat itu
bertujuan meningkatkan
tekanan kepada Israel
supaya melonggarkan sekatan
dan kepungan
yang dikenakan ke atas Gaza
sejak 13 tahun lalu.
Ia juga bertujuan menuntut
hak untuk pulang ke kampung halaman
dan tanah yang dirampas oleh
rejim Zionis pada 1948.
bebuloh
22/10/2019
GEYLANG SI PAKU GEYLANG
DI HOTEL
DONGENGAN PAK KADUK
bebuloh
22/10/2019
GEYLANG SI PAKU GEYLANG
Teringat
ketika kecil dahulu
setiap kali
ketika pulang dari sekolah
sesekali
kita bernyanyi seru
Geylang
si paku geylang
Geylang
si rama-rama
Pulang
marilah pulang
Marilah
pulang bersama-sama
jalan ke
rumah sungguhlah jauh
sungguhlah
dekat apabila berjalan seiring
lalu
sesekali bernyanyi suka
Kalau ada
jarum yang patah
Jangan
disimpan di dalam peti
Kalau ada
silap dan salah
Jangan
disimpan di dalam hati
kampung dan
desa sudahlah berubah
kita tidak
lagi bernyanyi begini
begitu terasa
sumbang suaranya.
kampung
gelam-geylang
29/09/2019DI HOTEL
Aku masih
dapat mendengar suara azan
di seberang
jalan, dan berkumandang pada
waktunya - di
antara riuh kota raya ini.
Di satu
sudut, Seven Eleven hingga ke Singapore
Zam Zam Restaurant seakan ada lagi yang tertinggal
Zam Zam Restaurant seakan ada lagi yang tertinggal
di kejauhan
- di antara wangian mawar. Lalu,
semuanya menjadikan
aku seorang yang lebih
tabah untuk
menjalani hidup ini seadanya.
“I’d seen and heard trains from my earliest
childhood days and the sight and sound
of them always made me feel secure”,
tulis Bob
Dylan dalam bukunya Chronicles.
Membuatkan
aku tersenyum dan membaca
lagi - di
antara sedar dengan tidak. Sementara,
kampungku
berada jauh dari perjalanan ini.
Sidang
mesyuarat, seminar dan forum
dalam diam telah
mengajarku erti
kemanusiaan
dalam setiap perkara – dalam hidup
yang selalu
menjelmakan kesombongan
atau
keikhlasan dalam hati insannya. Sungguh,
kota raya sebagai
peradapan memperlihatkan
kekuatan dan
kelemahan manusianya.
Di sini, aku
masih dapat melihat indahnya
cahaya pagi yang
cerah, dan langit terbentang
birunya - di
antara puncak bangunan - pencakar
langit. Aku
juga melihat, sang unggas masih ada
yang terbang
kembali ke sarangnya – di antara
pohon-pohon yang
tumbuh di celah kota raya ini.
Ternyata, teknologi
telah memberikan kemudahan
hidup, namun
teknologi juga boleh
menghancurkan
kita.
390 Victoria Street
390 Victoria Street
28-29/09/2019
DONGENGAN PAK KADUK
Engkau seolah tidak lagi melihat
duniamu
dengan mata seorang tua yang tulus
dengan pengalaman nyata dalam hidupmu,
atau engkau seolah tidak lagi berkata
lurus
dengan lidah seorang alim yang petah
dengan tamsil ibarat dan nasihat
untuk menjadi orang berperibadi mulia
Bahkan lupa untuk berbuat baik
atau berniat ikhlas dalam hidupmu
sehingga berlaku zalim pada diri
sendiri
atau membunuh segala puji yang diberi
sebab sangka cemburu dan dengki
lalu mengkhianati kebaikan ini
Ya, engkau seolah tidak lagi berlaku
jujur
dengan mata seorang tua yang tulus
dengan ketaatan hidupnya,
atau engkau kini menjadi bodoh
sehingga lupa jalan asal kita
sehingga lupa dasar dan usul
untuk berbakti pada tanah dan bangsa
ini.
kota batu
19/9/2018
MENURUTKU, CINTA KITA
TIDAK PERNAH BERUBAH
Untuk selamanya, kita berada di puncak ini
dan berdiri megah hanya kerana cinta
di manakah lagi sungai dan lembah
yang tidak pernah kita jajah dan tanam
hati budi ini dengan penuh setia
Menurutku, cinta kita tidak pernah berubah
kita akan tetap berkata benar, dan
selalu saling mengerti, hanya kerana
tanah air ini adalah tumpah darah kita
Untuk selamanya, kita akan terus hidup
dan berpegang pada janji yang dibina
sejak kita mula pandai berkata-kata
lalu dewasa menyusun peri dan bahasa
seperti jauhari mengenal manikamnya.
kota batu
06/02/2018
19/9/2018
MENURUTKU, CINTA KITA
TIDAK PERNAH BERUBAH
Untuk selamanya, kita berada di puncak ini
dan berdiri megah hanya kerana cinta
di manakah lagi sungai dan lembah
yang tidak pernah kita jajah dan tanam
hati budi ini dengan penuh setia
Menurutku, cinta kita tidak pernah berubah
kita akan tetap berkata benar, dan
selalu saling mengerti, hanya kerana
tanah air ini adalah tumpah darah kita
Untuk selamanya, kita akan terus hidup
dan berpegang pada janji yang dibina
sejak kita mula pandai berkata-kata
lalu dewasa menyusun peri dan bahasa
seperti jauhari mengenal manikamnya.
kota batu
06/02/2018
MEMANGGIL HUJAN
Aku tidak tahu, entah berapa lama
diam ini tidak bersuara seperti selalu,
atau bernyanyi lagi di corong waktu.
Waktuku cuma diisi dengan khabar
entah benar atau tidak, engkau
telah berada di puncak itu.
Sejak angin telah berhenti bertiup
daerah ini sudah tidak lagi dibasahi hujan,
atau embun pagi menyiram pelosoknya.
Entah untuk berapa lama lagi disisih
dengan debu dan kemarau panjang
sehingga membakar hangus cintanya.
Aku tidak tahu, entah berapa lama
kau memanggil hujan seperti selalu,
atau mengharap lagi pada musim lain.
Waktuku cuma diisi dengan doa
entah benar atau tidak, mereka
telah kembali pada jalannya.
Hujan masih tetap tidak akan turun
dan membasahi daerah ini dengan beningnya,
atau pepohon dengan kehijauannya.
Entah untuk kali ini semuanya akan hapus
dengan ratap tangis, rintih dan runtuhan
sehingga tidak lagi menemukan rumahnya.
kota batu
6/12/2017
COPY & PASTE
Inilah dunia kita sekarang, Tuan
orang terlalu mudah untuk meniru
dan menyalin - copy & paste
lalu semua kerja tidak lagi dengan fikir
dan mentelaah hidup ini dengan akal.
Suatu waktu budaya kita juga
adalah hasil dari copy & paste ini
lalu anak-anak kita lahir dan membesar
hasil dari ciplakan-ciplakan itu.
Konon kitalah pentafsir mimpi ini
tapi kita juga tidak benar dengan perbuatan
kita juga adalah penipu yang kalah
dalam perjalanan dan perjuangan
inilah dunia kita sekarang, Tuan.
bebuloh
12/5/2017
TUHAN, AMPUNKAN KAMI
Siang tadi,
kami begitu sibuk dengan setiap urusan –
urusan hidup
di dunia yang selalu saja tidak ada selesainya
kalau saja
ada khabar perang, kami pun sibuk mendengarkannya
ekonomi
jatuh merosot, kami juga sibuk berkira-kira mengenainya
jika politik
di sana riuh, kami juga sibuk memperkatakannya
ya hidup ini
selalu saja dengan masalah yang tidak beres.
Malam ini,
kami cuma mampu diam dan bertafakur –
hendaknya
segala penat lelah kami akan bisa berkurangan lalu tertidur
semahunya
kami tidak mahu diganggu-ganggu lagi, lalu bermimpi baik
kalau saja
isteri kami marah-marah, kami akan cuba memujuknya
belanja
rumahtangga tidak cukup, kami pasti akan berusaha lagi esoknya
jika
pencapaian anak-anak cuma sedikit, ya tahun depan pasti beres.
Tuhan,
ampunkan kami di atas segala yang berlaku –
dalam
kehidupan kami di dunia ini, kami selalu saja lalai dan lupa
untuk selalu
mengingatiMu, untuk kembali bersilatulrahim
dengan
kalimah cintaMu. Ya Tuhan, ampunkan kami
yang selalu
saja sibuk dengan setiap urusan hidup di dunia ini
yang cuma
mampu berdiam diri, dan hidup dengan percuma.
bandar seri begawan
28/1/2017
NYANYIAN PIPIT
tetaplah dengan mata dan hati yang telus dan lurus
agar tidak terbuang di jurang yang dalam, lalu patah sayapmu
sesekali janganlah kau hampakan harapan dan cita-cita ini
untuk kau lihat hidup yang dengan kehijauan ladangnya
telah memberi kita peluang untuk terus bernafas
dan berlari seperti anak-anak yang baharu mengenal dunianya
kerana bahagia itu ada di mana-mana, lalu tubuh kecilmu
adalah anugerah yang ditentukan pada hakikatnya
tetap terbang ke mana pun selagi matahari terpancar cerah
selagi kau masih percaya dan tetap dengan mata dan hatimu
untuk kita capai kemenangan dan melihat betapa benar
kita adalah hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmatnya.
25/09/2016
SELAMAT PAGI, CIKGU
Selamat pagi, Cikgu
apa
khabarmu di hari yang cerah ini
tatkala
anak-anak menanti dengan riang
bersama pena
dan buku-buku nota mereka
bersama
usaha dan kerja keras mereka
sekarang, aku
lihat juga keceriaan ini
lidahmu
tidak pernah sekali berhenti mengajar
dengan
sejuta kata sejuta makna yang mudah
untuk aku
fahami dalam hati dan nurani
untuk aku
ertikan dalam hidup dan matiku
selamat pagi,
Cikgu
hari ini
telah kau lihat masa depan kita
tatkala
anak-anak meniti jambatan usia
bersama
cita-cita dan tekad mereka
bersama
dunia dan harapan mereka.
bebuloh
31/8/2016CINTAKU TIDAK LAGI BERSEMI
Kita sudah hilang rasa cinta
sehingga
tidak lagi bersatu hati
untuk memadam
rasa benci
perang telah
memecah belah
di mana-mana
di dunia ini
cintaku
tidak lagi bersemi
lalu gugur
di hujung rindumu
tidak ada
lagi mahu percaya
dan menulis tentang
cinta
untuk
menjelaskan rahsia hidup
sedangkan
kita semakin jauh
dengan dosa dan
sengketa
di hari-hari
sebaik ini.
kota batu
04/08/2016
SEUNCANG PADI SELADANG BUDI
Hidup ini menumpang hanya
lalu mati
dikandung tanah
suka memberi
seikhlas hati
budimu
dikenang pada tempatnya
seuncang
padi seladang budi
dari sedikit
segunung intan
kasih diikat
padamu tuan
lalu kita
menjadi sekawan
hari petang
kembalilah pulang
anak-anak
menanti dengan harap
walau sukar
meredah lalang
niat bertemu
pada hujungnya
seuncang
padi seladang budi
tumbuh subur
di tanah bangsa
sungguh
benar bagai dikata
tekad
menjadi setinggi awan.
bebuloh
31/07/2016
SEKEBUN PUISI KEMBANG SETAMAN
Lihat, betapa mekarnya bunga puisi
yang dicetus
oleh para pekebun - para penyair
yang tangguh
menetas rimba membatas tanah
yang mahir
menanam benih menumbuh makna
dengan kata-kata
mereka telah mewarnai
kembang di
taman ini
sekebun
puisi kembang setaman
harumnya
menyelubungi tanah budi
dengan
bahasa mereka berbicara mesra
tentang
agama tentang bangsa dan negara
tentang
hidup tentang dunia dan akhirat
yang
sentiasa subur dengan jasa dan bakti
sebelum layu
dan gugur
ke alam abadi.
bebuloh
16/07/2016
bebuloh
16/07/2016
KAMPUNGKU II
Apabila
malam menjelang
tanda-tanda
di sepanjang jalan dan simpang
hilang dari
pandangan - kampungku tenggelam
dari
perbualan ramai dan sudah tidak lagi
disebut-sebut
di arus perdana kini
kampungku
hilang dan tenggelam
di tasik
malam yang menghitam dan dalam
bersama
mimpi-mimpi yang sepertinya tidak juga
menjadi
nyata - sebaik sahaja kau bangun
di siang
hari yang cerah ini dan bermatahari
dengan
seribu harapan.
bebuloh
19/06/2016
BEIRUT 27 MEI –
KHABARNYA, DI SINI TIADA MATAHARI
Selepas
melancarkan operasi besar-besaran
Tentera
Demokratik Syria (SDF)
berjaya
menawan dua buah kampung di utara Raqa
daripada dijadikan
pusat pentadbiran
kumpulan militan
Negara Islam (IS).
Kampung Namrodia
dan Kampung Matmashraja
dekat bandar
Ain Issa yang terletak kira-kira 55 km ke utara Raqa
kini ditawan
oleh gabungan tentera Arab dan Kurdis
selepas
berlaku pertempuran sengit dengan kumpulan militan IS.
Komander
SDF, Rojda Felat berkata
matlamat
operasi itu adalah untuk
“membebaskan
wilayah utara Raqa”
dan penduduk
yang ditindas kumpulan militan IS.
“Kempen ini
bertujuan menangkis serangan
ke atas Shaddadi,
Tal Abyad dan Kobane
sekali gus
memastikan keselamatan penduduk,” kata Felat.
Khabarnya, di sini tiada matahari
kelmarin, SDF mengerahkan kira-kira 30,000 anggotanya
kelmarin, SDF mengerahkan kira-kira 30,000 anggotanya
melancarkan
serangan besar-besaran ke atas militan IS di Raqa
yang turut
dibantu jet pejuang Amerika Syarikat.
Pada masa yang
sama, tentera Syria dilaporkan
turut
menggempur kedudukan IS
dengan
membebaskan beberapa buah kampung
di wilayah
Homs, Deir ez-Zor, Damsyik dan Quneitra.
Pusat Kajian
Dasar Syria
dalam
laporannya pada Februari lalu
menyebut,
perang saudara di Syria telah
meragut sebanyak
470,000 nyawa penduduk
mencederakan
1.9 juta orang
dan memaksa
hampir separuh daripada 23 juta penduduknya
berpindah,
sama ada ke kawasan sempadan
atau ke
negara jiran.
27/05/2016
DI LORONG HIDUP
DI LORONG HIDUP
Di lorong
hidup semuanya berlumba
sudah lupa akan
lawan dan kawan
terus
berlari dan mengejar
atas
kepentingan diri
kiranya
semua akan menjadi
milik
peribadi
semuanya
juga sudah lupa
tentang
tanggung dan jawab
tercicir di
sepanjang lorong ini
kau terus
berlari dan mengejar
atas nama
besarmu
kiranya
hidup ini akan menjadi
kuasa
sendiri
di lorong
hidup semuanya berlumba
sudah lupa
akan asal dan usul
terus
tertawa dan bangga
atas
kejayaan diri
kiranya
semua sudah menjadi
kekal
selamanya
semuanya
juga sudah lupa
tentang
kelalaian ini
tidak lagi
melihat dengan jelas
kau terus
berlari dan mengejar
atas nama
Tuhanmu
kiranya
hidup ini sudah menjadi
duniamu
sebenarnya.
kota batu
23/07/2016
Hidup adalah
kepingan-kepingan jigsaw puzzle
disusun satu
per satu di antara beribu selerakan gambar
ia datang
dan pergi dalam susun atur hidup kita
lantas
memaksa kita duduk lama dan diam
sehingga
nanti akan ada satu tanda
yang akan
memberi petunjuk
pada sebuah
matlamat perjalanan yang panjang.
aku hidup di
atas kepingan-kepingan ini
sebuah dunia
sebuah alam yang sebenar-benarnya
sehingga aku
akan dapat mengerti dan menghafal setiap makna
dari
sekalian teka-teki yang dicipta, oleh
kepayahan
sendiri
hidup adalah
kepingan-kepingan jigsaw puzzle
ia dibina
dengan satu gambaran yang sangat besar
lantas nanti
kita akan dapat melihat dengan jelas
sifat
manusia yang mengenal hukum
saling
berpendapat dengan pengertian
pada sebuah
matlamat baharu.
kota batu
05/01/2016
SUKSES
sukses bukanlah
seperti apa yang orang lain kata
sukses adalah
seperti apa yang ada dalam fikir
seperti apa
yang ada dalam hatimu
aku bangun
dari jatuhku dan berjalan sejauh ini
aku lihat
sukses ada di mana-mana; sehingga kau
mampu
berlari dan melompat dan terbang tinggi
begitu kau
mendapatkannya – ternyata sukses itu
tidak jauh
dari dirimu, dan diri kita inilah yang sebenarnya
menciptakan sukses
itu untuk dirimu sendiri.
bebuloh
23/10/2015
PLITIK
Sekarang ada
yang suka bercakap tentang permainan plitik
anak-anak
ada juga yang telah diajar bagaimana bermain plitik
dan menolak
pemain-pemain tradisional itu ke tepi-tepi halaman
kerana ia
terlalu jujur dan lurus - terlalu mudah untuk dipermainkan
seseorang
juga mengatakan permainan plitik itu kotor dan pembuyuk
tapi itulah game
plitik, dan ia sudah tentulah atas kepentingan game plitik
yang tidak
pernah menunaikan janji-janjinya sehingga kemenangan itu
masih tetap
diraih oleh pencipta permainan plitik itu sendiri
dunia
permainan plitik itu tidak selalunya benar dan tidak selalunya telus
tapi kita
tetap duduk lama di depan skrin ini; bermain dan menontonnya
dengan
kegembiraan - sehingga jari-jari kita tidak lagi mampu
menekan
punat keluar untuk menikmati hidup yang sebenarnya.
kota batu
20/10/2015
LEPAK
Marilah kita
lepak di sini sekejap
sebarang protes-protes-dan
protes hanya akan melambatkan
proses
permintaanmu, sementara pekerjaan itu tidak lalu kau perolehi
sementara ijazahmu
itu hanya dapat membantu kita
untuk berjaja
nasi katok di tepi jalan
kita masih
layak untuk membangun untuk membina
untuk
berfikir dan mencari masa depan yang lebih baik –
kerana apa
pun pekerjaanmu adalah usaha yang tidak pernah gagal
untuk kita
lihat keanehan hidup, dan menanai tanggungjawab
yang masih
kosong-kosong-dan kosong
marilah kita
lepak di sini sekejap.
the mall,
gadong
12/09/2015
PENGUKIR KAYU
Pengukir kayu
itu mencorak hatinya
mencorak hidup
dengan lorekan diri
pada jalan yang
penuh dengan makna
penuh dengan
takwa agar tidak takut
pada tafsir
mimpi-mimpi yang tidak sudah
kerana
menjadi pengukir itu tidak pernah ada hujungnya
pengukir
kayu itu akan tetap berkata galak
demi hidup
yang sesungguhnya - yang sebenar-benarnya
kerana kau
tidak pernah tahu, bahawa
tangannya
sentiasa menjamah kearifan
pada urat
kayu yang lalu diukur
yang lalu diukir
dengan corak hatinya –
corak
hidupnya
pengukir
kayu itu lalu berteriak berteriak
berteriak
pada tafsir mimpi-mimpi yang tidak sudah
demi hidup
yang sesungguhnya – yang sebenar-benarnya
kerana menjadi
pengukir itu tidak pernah ada hujungnya
tidak pernah
ada matinya, dan jalannya terlalu jauh sekali
sehingga
tidak pernah ada titik untuk berhenti.
bebuloh
01/09/2015
SAMAD
Sebaik membaca
ulang Salina
aku terdengar
khabar, Samad kini hidup melukis
seniman itu berdiri
di tengah masyarakat.
Dari Siti
Salina aku belajar tentang perempuan,
dari Abdul
Fakar aku belajar tentang lelaki, dan
dari Hilmy
aku belajar untuk menjadi anak yang bijak
untuk
meneruskan hidup dalam kemiskinan,
keruntuhan
moral, dan keperitan.
Sebaik membaca ulang Salina
khabarnya,
Samad kini hidup melukis
dari Galeri
Petronas hinggalah ke Balai Seni Lukis Negara.
Benar, dia
beraksi lagi di tengah masyarakat
dari Salina
aku telah baca tentang penderitaan
Kampung
Kambing diselubungi kontroversi
kerana perang
tidak pernah merancang
untuk kita miliki
dunia yang lebih sempurna.
bebuloh
05/05/2015BELAJAR A, B, C
Kita bermula
dengan belajar A, B, C
sehingga akhirnya
mampu mengenal huruf mengenal kata
mengenal makna
ke dalam sebuah karangan hidup
sehingga akhirnya
menulis puisi ini
menulis cerpen
menulis novel menulis tesis
menulis disertasi
menulis buku-buku ilmiah.
Lalu, kita
ingat masa kecil kita
sehingga kita
mengenal
siapa guru
siapa kita.
kota batu
13/04/2015
KUDENGAR BRUNEI BERDOA
Seorang
petani kudengar berdoa di tanah ladangnya
agar
tanamannya sentiasa subur dan membawa anak-anaknya ke jalan bahagia
seorang
buruh kudengar berdoa di tengah bandar kecil ini
mengharap-harap
agar pembangunan ini sentiasa membawa mimpi-mimpi nyata
seorang guru
kudengar berdoa di depan pelajarnya, dan dalam diam
tentu sahaja
ingin melihat bangsanya capai cita-cita dan punya harga diri dan punya jati
diri
seorang peniaga kudengar berdoa di atas longgokan dagangannya
atas nama ekonomi keluarganya yang selalu bertimbang untung dan rugi
seorang peniaga kudengar berdoa di atas longgokan dagangannya
atas nama ekonomi keluarganya yang selalu bertimbang untung dan rugi
seorang
penyair kudengar berdoa sepanjang jalannya dengan rasa sukacita
dengan bahasa
yang paling dalam dan mudah untuk dimengerti
lalu,
kudengar Brunei berdoa - kudengar Brunei berdoa
sebuah doa
yang sangat panjang sehingga dapat kulihat semuanya menadahkan tangan
sangat
khusyuk sangat yakin bahawa bumi ini langit ini adalah tempat
yang akan membawa
kita ke syurga.
bebuloh
08/04/2015SALMAH
bukan lagi seorang
gadis kecil yang pernah kukenal
dengan riang
tawanya ia berlari-lari mengejarku di belakang
untuk sebiji
gula-gula yang tersisa dikocekku
dan dia seakan-akan
mahu menangis jika kukatakan ‘sudah habis,
pergi beli
sendiri di kantin sekolah!’
itu dahulu,
ketika aku masih belum mengerti dan ada hati
ketika aku
masih belum dewasa dan menjadi seorang lelaki
bukan lagi
seorang gadis kecil yang pernah kukenal
dengan sedu
tangisnya ia mengajarku erti kasih dan sayang
untuk lima
orang anak yang masih kecil yang masih tidak mengerti
dan
penceraian yang tidak lagi mengikat dirinya
dalam sebuah
perkahwinan, kerana bekas suaminya itu
‘tahunya cuma
menganggur, merokok dan mabuk!’
bebuloh
04/03/2015
DI LADANG
ibuku tidak lagi mampu menampi
benih terbaik untuk kau tanamkan kesuburan
kehijauan pun telah hilang di tanah ladang ini
ladang ini kian sunyi kini
sunyi seperti tidak menyuarakan apa-apa
tentang benih tentang purih yang akan menjadikan
hidup ini lebih sempurna
bangsaku telah memilih jalannya
dan tidak pernah akan pulang
bersama benih bersama purih yang dijanjikan
ibuku tidak lagi mampu menampi
benih terbaik untuk anak-anaknya pada hari ini
untuk kau tanamkan kebajikan dan kebijaksanaan
hidup di tanah ladang ini
bebuloh
06/02/2015
CAKAP TAK SERUPA BIKIN
kau turutkan
juga mahumu
kau ikutkan
juga nafsumu
kau laungkan
juga perjuanganmu
tentang
lapar tentang wang
tentang hak
tentang kebersamaan
tentang keadilan
tentang keperimanusiaan
kerana menurut
kepercayaanmu
semua langkah
tidak lagi menyebelahi
nasib pada
keturunanmu
inilah,
cakap tak
serupa bikin
kerana kau
adalah orang yang pertama
lari dari
perjuangan ini dan membunuh
anak-anak
dengan kelaparan tanpa wang
menghapuskan
hak dengan ketidaksamaan
menghukum
kedua orang tuamu tanpa kasih sayang
kerana
menurut kepercayaanmu
dunia ini
adalah hidupmu
dunia ini
adalah batinmu
kota batu
27/11/2014
SURAT
SAHABAT
kembali dari pekerjaanmu
lalu mengira baki sen di saku
untuk sebungkus nasi katok
di pondok jaja Bu Tijah
melihat jauh ke hadapan
tapi itu bukanlah segalanya
bukanlah menurut kemampuanmu
masih ada yang perlu diperbetulkan
masih mencari
sahabatmu yang tidak pernah kunjung datang
atau, telah menjadi musuh
yang cuma tahu menjadi penentang
bebuloh
06/10/2014
SURAT
sepucuk surat
sampai ke alamatku
“maaf, aku
tidak lalu mengirim email lagi
biaya komputer
dan sambungan internet
terlalu mahal
di sini,” tulis seorang kenalan
“ini kerana
aku tinggal jauh di hujung pedalaman”
aku baca isi
kandungan suratnya
sangat haru
dan tertinggal pada zamannya
bau kertas
dan dakwat pena berbaur
dengan canggih
peralatan teknologi kini
setem tertampal
pada sudut sampul
kabur di
mata anak-anak, dan sudah mula
lapuk dari komunikasi baharu
“maaf, jika
kau menunggu terlalu lama
aku juga
tidak punya nombor kontak lagi
sudah tidak
mampu memiliki smartphone terkini,”
tulisnya. “ini
kerana aku tinggal jauh
di hujung
pedalaman”
aku baca
semuanya bak sebuah isi hati
dalam hidup
yang kekadang berguling
sangat
mengerti pada sebuah keadaan
sangat tahu
pada sebuah perbezaan
mengingatkan
aku untuk segera menulis
dan mengirim
surat balasan
dengan ehsan
dengan keikhlasan
bebuloh
19/10/2014
SAHABAT
kembali dari pekerjaanmu
lalu mengira baki sen di saku
untuk sebungkus nasi katok
di pondok jaja Bu Tijah
melihat jauh ke hadapan
tapi itu bukanlah segalanya
bukanlah menurut kemampuanmu
masih ada yang perlu diperbetulkan
masih mencari
sahabatmu yang tidak pernah kunjung datang
atau, telah menjadi musuh
yang cuma tahu menjadi penentang
bebuloh
06/10/2014
DI KUALA INI
kembali ke kampung
halamanku
singgah sebentar
di kuala ini
menaranya begitu
cepat mengapai awan
taman indah
dan gerbang luasnya
sangat mesra
dengan pengunjung
saling menyanjung
dengan puji
saling
menyambung dengan beri
lalu kulihat
langit dan taman indah ini
kembali ke kampung
halamanku
di situlah
aku bermain dengan harapan
di situlah
menara yang akan terbina
di situlah
taman indah dan gerbang luas
yang nanti
akan kulihat pada usia ini
setelah berjalan
jauh dan berlari
di liku-liku
hidup ini.
kuala lumpur
26/09/2014
KEINGINAN
tidak pasti akan kembali lagi
dan bertanya di mana pejabat pos terdekat
untuk kuutus poskad dan setem
ke alamat rumah keluargaku;
lalu kutinggalkan ramahmu
kutinggalkan keinginan
tidak pasti akan kembali lagi
dan bertanya di mana jalan terdekat Guro Hotel
untuk kupintas waktu dan lorong sesat.
incheon
26/09/2014
KEGEMBIRAAN HIDUP
dari Incheon aku memecut ke Guro-gu, Seoul
semua destinasi utama dihubung dengan jalur subway
penduduk selalu menjawab dengan bahasa Korea
'kami tidak pernah tersesat kerana ada aplikasi
maps dan GPS, jaringan wi-fi dan layanan LTE
puluhan titik hotspot pun ada di mana-mana',
sehingga setiap orang dengan smartphone
dapat mengakses data secara gratis
di setiap sudut kota
'anak-anak muda sudah mula menggilai
apa saja yang berbau Korea', tulis seorang penulis
dalam sebuah majalah. 'the most wired country in the world',
tambahnya; saat di mana aku teringat video musik
Gangnam Style milik Psy yang ditonton hampir
dua juta orang penonton di YouTube
aku hanya mampu menahan sabar
seperti pohon-pohon aprikot, ceri cornelian, bunga kamelia
dan pohon-pohon willow menanti dengan debar
di bumi yang penuh dengan cahaya matahari
rimbun dengan dedaunnya sebelum musim luruh tiba
waktuku hanya sebentar di negeri ini, terlalu pendek
untuk melihat kaum muda yang cantik dan tampan
dengan topi dan balutan gaun indah
telah mencapai puncak kehidupan mereka
tapi kenapa aku hanya memilih waktu
yang sangat sedikit untuk menikmati
kegembiraan hidup dan mengecapi pengetahuan ini;
musim panas lalu memaksaku terus melangkah
ke depan.
guro-gu, seoul
25/09/2014
WATAK
pandanganmu
hilang
di sepanjang
perjalanan jauh
kau tidak
lagi melihat rupamu
Seoul kini
mengajakmu berlari
di lebuh
raya digitalnya
semuanya
berubah
di dewan
mesyuarat
kata-kata
tidak lagi berupaya
menjelaskan
rasa kantuk
kerana kita
tidak lagi dapat tertidur lena
di bawah
bumbung pembangunan ini
tanpa
perancang dan penyelidik
kau datang
bersama budayamu
ia adalah
dirimu adalah peribadimu
kita
bersama-sama berlari
di
penghujung September
sehingga
musim berubah
kau akan
menemukan kembali
watak
sendiri
seoul
24/09/2014
DI NEGERI ORANG
kau mesti tahu bertanya
dan menuturkan bahasamu
mesti tahu melangkahkan kakimu
jalan mana yang mesti dituju
mesti tahu meletakkan dudukmu
di mana tempat untuk bernafas
dengan sejahtera, pesan ayah
di negeri orang kau mesti pandai
menjaga diri menjaga budi pekerti
dan menyimpan salasilah keluargamu
di sana tiada orang akan menegurmu
atau memerhatikan salah laku
semuanya bergantung pada hati
bergantung pada berani
menjadi hitam atau putih
kau mesti tahu memilih.
changi
23/09/2014
MENJADI GURU
menjadi guru
adalah pelita
dalam gelita
ialah penerang
penyuluh ke
hujung haluan
bukan saja
ajar baca dan kira
tapi didik
semua capai cita-cita
jadi manusia
kenal bangsa
jadi anak
segala nusa
jadi ibu
segala pertiwi
jadi bapa
segala perwira
sangat besar
jasa dan baktimu
menjadi guru
itu adalah asas
menanam budi
pekerti mulia
mekar bunga
pada tangkainya
lebat buah
pada pohonnya
adalah
berkat luhur hatimu
menjadi guru
adalah cahaya
penuh nikmat
penuh hikmat
pembakar
setiap semangat
bukan saja
sebagai penyelamat
tapi asuh
semua kenal hidup
jadi manusia
punya kepercayaan
jadi
pemimpin pada kejujuran
jadi wanita
pada kesetiaan
jadi lelaki
pada perjuangan
bebuloh
13/08/2014
KATAMU, 'I
WANT TO MAKE THIS THING RIGHT'
tuan, jika
kau mahu
memperbetulkan
jalan yang sedang membengkok ini
adalah lebih
baik kau tetap di jalanmu sahaja
mereka
memang gemar berjalan pencong
di atas
jalan yang bengkang-bengkok ini
tidak akan
mengerti pada jalan yang lurus
sudah tentu
mereka tidak akan mahu menurutimu
melangkah di
jalan yang telus dan tulus ini
sangat sulit
untuk ditekuni dan dipelajari
berasa berat
dan menjadi beban untuk memikulnya
sehingga
mereka tidak akan mahu bertanggungjawab
sekalipun
itu amanah yang harus ditaati
tuan, jika
kau mahu
memperbetulkan
sesuatu yang salah di matamu
adalah lebih
baik kau duduk tenang sahaja
mereka tidak
akan membenci dan memusuhimu
sehingga kau
dapat menyanyi dan tertidur lena
sebenarnya,
aku lebih suka kau menulis puisi lagi
kota batu
11/08/2014
PERANG
Palestin
perang
Syria perang
Iraq perang
Mesir perang
Libya perang
---
perangilah
kedangkalan ini
perangilah
kebodohan ini
perangilah
kemuslihatan ini
perangilah
kejahatan ini
perangilah
kebencian ini
perangilah
pengkhianatan ini
perangilah
pembohongan ini
perangilah
penjajahan ini
perangilah
pembunuhan ini
perangilah
permusuhan ini ---
perangilah
dengan mata hatimu
perangilah
dengan jiwa budimu
perangilah
dengan akal fikirmu
perangilah
dengan ilmumu
perangilah
dengan hartamu
perangilah
dengan kebaikanmu
perangilah
dengan ketaqwaanmu
perangilah
dengan keimananmu
perangilah
dengan doamu
--- bukan
dengan teriakanmu
--- bukan
dengan marahmu
--- bukan
dengan belatimu
--- bukan
dengan pedangmu
--- bukan
dengan senapangmu
--- bukan
dengan bedilmu
--- bukan
dengan pelurumu
--- bukan
dengan bommu
--- bukan!
perangilah
dengan mata hatimu
perangilah
dengan jiwa budimu
perangilah
dengan akal fikirmu
perangilah
dengan ilmumu
perangilah
dengan hartamu
perangilah
dengan kebaikanmu
perangilah
dengan ketaqwaanmu
perangilah
dengan keimananmu
perangilah
dengan doamu
perang
bebuloh
05/08/2014
KOTA KECIL
KAMI
kota kecil
kami hampir saja tidak pernah terkelihatan
dari sebuah
peta dunia yang seluas ini
suaranya
hampir juga tidak pernah didengar
dari arus
perdana globalisasi yang serba ada ini
tidak juga
namanya
kota kecil
kami adalah kota kecil yang berjiwa besar
memiliki
sejarah yang bersalasilah besar
mempunyai
bangsa yang berketurunan besar
memeluk
tiang-tiang yang berkepercayaan besar
berdiri di
atas tanah air yang berkeyakinan besar
berlindung
di bawah langit yang berkesatuan besar
lalu,
kota kecil
ini sebenarnya adalah sebuah kota besar kami
walaupun kau
tidak pernah memperkatakannya
tidak pernah
melihat dengan kedua belah matamu
dan memahami
bahasanya yang kadang terlalu sopan
untuk
berkata tidak berkata ya atau berdiam diri
dari
landasan kata-katamu yang nanti akan membakar
segala yang
ada di dalam kota besarmu
kota kecil
kami adalah sebuah kota kecil perdamaian
di mana
terletaknya sungai-sungai yang mengalir jernih
dikelilingi
kehijauan paya lembah dan bukit-bukau
hingga ke
batas lautan yang tidak pernah diduga
telah
mengenali diri telah memerdekakan diri
untuk
selamanya
bandar seri
begawan
19/07/2014
MENCETAK
SERIBU SAJAK
ada seribu
sajak
yang harus
dicetak
malam
semakin panjang
pintu rumah
bangsaku diketuk
dengan
galak, dan bertalu
apakah aku
harus menunggu
siang dan
beryang-yang
agar semua
dosa
terhapus
dari rasa marah
malam
seterusnya
akan
mencetak seribu sajak lagi
agar
semuanya mengerti
dunia lusuh
ini
semakin
rusuh kini
bebuloh
11/07/2014
SETIA
Apabila
engkau berkata, aku setia
ingatlah,
setia bukan
sekadar ungkapan
atau laungan
yang mengegarkan perjuanganmu
setia bukan
sekadar basa-basi
atau kata
manis yang menyatakan sanjungan
setia bukan
sekadar ingatan
atau ruang
yang meyakinkan jalan fikirmu
setia bukan
sekadar kepercayaan
atau rasa
cinta yang menjanjikan kenikmatan,
kerana
engkau sendiri akan menjadi korban dari sekalian kesetiaan ini
mana bangsa
mana agama
mana
negaramu.
kota batu
03/04/2014
MERDEKA
merdekalah
kita apabila kita bebas
untuk
melafaskan kata cinta
pada bangsa,
negara dan agamamu
merdekalah
kita apabila kita bebas
dan lepas
untuk bernafas
di tanah dan
di bumi bertuah ini
merdekalah
kita apabila kita bebas
lalu hidup
menabur jasa dan budi
di ladang
darussalam yang seluas ini
merdekalah
kita apabila kita bebas
dan berani
bersuara menentang kezaliman
pada sebuah
dunia serba rusuh ini
merdekalah
kita apabila kita bebas
dan bernaung
di bawah langit biru ini
dengan
tenang dan aman tenteram
merdekalah
kita apabila kita bebas
untuk
memberi pada dunia besar ini
dan saling
menerima dan mengerti
merdekalah
kita jika kita bebas
dan berfikir
dengan minda cerdasmu
lalu menjadi
pengukir yang bernas
merdekalah
kita apabila kita bebas
untuk
berdikari dan berdiri sendiri
dan
berlari-lari menyusur musim
merdekalah
kita apabila kita bebas
dan langsai
dari segala rupa tuntutan
tanpa
bebanan dan hutang-piutang
merdekalah
kita apabila kita bebas
dari cengkam
dan gejala penjajahan
yang selalu
membunuh jalan hidupmu
bebuloh
28/02/2014
TAHUN BARU
semuanya
bergerak pada arah
pada satu
titik ke satu titik yang tidak pernah berakhir
lalu
merangka jalan dan mengukir hidup ini
sekadar yang
mampu, dan larat yang kadangnya
cuma
secangkir harap
kulihat, kau
seolah tidak pasti untuk membina azammu
tahun baru
berulang datang dan datang lagi
tanpa
kedewasaan yang merubah nota hidupmu
dan terus
berlari dengan kenakalan kanak-kanakmu
lihat,
apakah kini kau telah berubah dan merubah sikapmu
semuanya
bergerak pada landasan
yang dibina
dengan kesungguhan dengan iltizam
dengan
wawasan kita bergerak kita tentukan corak
lalu kita
damaikan segala harap segala hasrat
dan
melaksanakan segala yang direncana
dengan tekad
kota batu
23/01/2014
APABILA
PENULIS MATI
apabila
penulis mati
dunia adalah
tempat yang menyedihkan
kerana ia
telah mengakhiri kalimatnya - untuk selamanya
sesudah
menulis sebuah riwayat
dan
menjadikan manuskrip kehidupan ini
sangat tebal
dan penuh dengan makna
bagaikan
dakwat yang kering
dan pena
yang bergolek di sudut meja,
kesaktiannya
telah hilang di dunia ini
apabila
penulis mati
bintang
terpadam, daun hijau jatuh ke tanah
burung kehilangan suara, pelangi menjadi kelabu -
pintu neraka dan pintu syurga berdentum kuat
dengan debar
yang telah lama dinantikan
kerana
apabila penulis mati, ia akan pergi
ke suatu tempat
yang paling istimewa
kota batu
04/09/2013
Ulasan