Catatan

Majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian bagi penerbitan buku Kumpulan Puisi 'Nakhoda Manis: Pelayaran Kedua' dan Kumpulan Cerpen 'Cetera Merdeka'

Imej
Akhirnya penandatanganan memorandum perjanjian bagi penerbitan buku Kumpulan Puisi 'Nakhoda Manis: Pelayaran Kedua' dan Kumpulan Cerpen 'Cetera Merdeka' telah berlangsung hari ini di Balai Patih Berbai, Dewan Bahasa dan Pustaka, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Penerbitan kedua-dua buku ini dijangka akan dilancarkan pada Pesta Buku 2010. Saya juga tidak lupa mengucapkan tahniah kepada penulis-penulis yang turut sama hadir bagi menandatangani memorandum perjanjian bagi penerbitan buku-buku mereka pada hari ini, dan berharap kita akan maju jauh ke hadapan lagi dengan karya penulisan yang bermutu tinggi.

Islamic Dakwah Centre holds poetry competition

Imej
The Islamic Dakwah Centre held the final of the Silver Jubilee Patriotic Poetry Group Declamation Competition Saturday night, with participants competing in various formats. Some chose sketch acting, group singing or a mixture on-stage and off-stage performance. The competition was divided into two categories; Category A for secondary schools and Category B for upper six students, higher learning institutions and village/mosque associations. Read more...

Majlis Penyampaian Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP 2008

Imej
Hari ini saya telah menerima satu kad undangan ke Majlis Penyampaian Hadiah Keratif Bahana DBP-BSP bagi tahun 2008 yang dikirim melalui pos. Saya memang selalu teringat mengenai majlis yang amat bermakna ini. Bagi penulis-penulis yang pernah menyumbang sejumlah karya mereka ke majalah Wadah Hati Nurani Penulis Kreatif sepanjang tahun 2008 ini, sudah tentulah tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui siapakah yang akan meraih hadiah-hadiah yang disediakan. Apapun sama-samalah kita lihat dan menghadiri majlis yang akan diadakan pada Hari Sabtu 21 November 2009 bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas itu nanti. Kita jumpa di sana...

Bahasa Melayu terus jadi bahasa ilmu

Imej
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) komited untuk melaksanakan visi dan misinya mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan yang relevan dengan perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi. DBP selaku institusi yang bertanggungjawab terhadap perkembangan itu kini rancak melatih warganya menangani gerbang bahasa yang menjadi sebahagian lagi kemajuan DBP mencapai misinya. Perkara itu dijelaskan pemangku pengarah DBP, Hajah Aminah Haji Momin ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah pemenang kuiz radio sambutan Jubli Emas Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Brunei. Menurutnya DBP akan mencapai usia 50 tahun pada 16 September 2011 dan kini giat merancang pelbagai aktiviti bagi mendukung pemartabatan dan pemerkasaan bahasa Melayu. Baca seterusnya...

Bacaan puisi serikan majlis raya ASTERAWANI

Imej
Angkatan Sasterawan Dan Sasterawani (ASTERAWANI) mengadakan Majlis Tahlil dan Ramah Mesra Aidilfitri di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka malam Ahad yang lalu. Majlis 'dua dalam satu' itu disemarakkan lagi dengan pembacaan puisi oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Pehin Dato Seri Utama Haji Mohd Zain Haji Serudin yang juga dikenali dengan nama penanya, Sukri Zain pada akhir majlis. Selain beliau, anggota ASTERA-WANI, penulis dan jemputan lain juga bergilir naik ke pentas secara sukarela bagi membacakan puisi ataupun mendeklamasikan sajak pilihan masing-masing dengan gaya yang tersendiri. Majlis yang julung kali diadakan oleh ASTERAWANI itu pada awalnya dibuka dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diteruskan dengan pembacaan tahlil dan ucapan alu-aluan daripada Ketua 1 ASTERAWANI, Profesor Madya Ampuan Dr Haji Brahim Ampuan Haji Tengah. Sebelum bersurai, hadirin mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Pehin Dato Seri Utama Haji Mohd Zain. ASTERAWANI adalah ba