Catatan

10th French Film Festival

Imej
Sejak Isnin 9 haribulan yang lalu hingga 22 haribulan November ini peminat perfileman di Brunei berpeluang mengikuti Filmmaking Workshop @ AF Brunei . Bengkel ini dibimbing oleh Frederic Vin , seorang pengarah muda dari Peranchis. Sebagai peminat filem khususnya filmmaking saya rasa peluang ini sangat berharga untuk kita ikuti. Siapa tahu suatu hari nanti kita di Brunei ini juga akan menghasilkan filem-filemnya sendiri menerusi anak-anak tempatan yang berbakat besar.

Majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian bagi penerbitan buku Kumpulan Puisi 'Nakhoda Manis: Pelayaran Kedua' dan Kumpulan Cerpen 'Cetera Merdeka'

Imej
Akhirnya penandatanganan memorandum perjanjian bagi penerbitan buku Kumpulan Puisi 'Nakhoda Manis: Pelayaran Kedua' dan Kumpulan Cerpen 'Cetera Merdeka' telah berlangsung hari ini di Balai Patih Berbai, Dewan Bahasa dan Pustaka, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Penerbitan kedua-dua buku ini dijangka akan dilancarkan pada Pesta Buku 2010. Saya juga tidak lupa mengucapkan tahniah kepada penulis-penulis yang turut sama hadir bagi menandatangani memorandum perjanjian bagi penerbitan buku-buku mereka pada hari ini, dan berharap kita akan maju jauh ke hadapan lagi dengan karya penulisan yang bermutu tinggi.

Islamic Dakwah Centre holds poetry competition

Imej
The Islamic Dakwah Centre held the final of the Silver Jubilee Patriotic Poetry Group Declamation Competition Saturday night, with participants competing in various formats. Some chose sketch acting, group singing or a mixture on-stage and off-stage performance. The competition was divided into two categories; Category A for secondary schools and Category B for upper six students, higher learning institutions and village/mosque associations. Read more...

Majlis Penyampaian Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP 2008

Imej
Hari ini saya telah menerima satu kad undangan ke Majlis Penyampaian Hadiah Keratif Bahana DBP-BSP bagi tahun 2008 yang dikirim melalui pos. Saya memang selalu teringat mengenai majlis yang amat bermakna ini. Bagi penulis-penulis yang pernah menyumbang sejumlah karya mereka ke majalah Wadah Hati Nurani Penulis Kreatif sepanjang tahun 2008 ini, sudah tentulah tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui siapakah yang akan meraih hadiah-hadiah yang disediakan. Apapun sama-samalah kita lihat dan menghadiri majlis yang akan diadakan pada Hari Sabtu 21 November 2009 bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas itu nanti. Kita jumpa di sana...

Bahasa Melayu terus jadi bahasa ilmu

Imej
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) komited untuk melaksanakan visi dan misinya mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan yang relevan dengan perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi. DBP selaku institusi yang bertanggungjawab terhadap perkembangan itu kini rancak melatih warganya menangani gerbang bahasa yang menjadi sebahagian lagi kemajuan DBP mencapai misinya. Perkara itu dijelaskan pemangku pengarah DBP, Hajah Aminah Haji Momin ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah pemenang kuiz radio sambutan Jubli Emas Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Brunei. Menurutnya DBP akan mencapai usia 50 tahun pada 16 September 2011 dan kini giat merancang pelbagai aktiviti bagi mendukung pemartabatan dan pemerkasaan bahasa Melayu. Baca seterusnya...