Catatan

Cerpen 'Mat Jenin' oleh Puasha

Imej
 “ORANG kampung panggil kediaku Mat Jenin. Walaupun nama banarku ada, orang kampung tatap jua panggil kediaku Mat Jenin,” kata kawanku ini, kesal dengan nama famous yang digelarkan padanya sekarang. Aku suka berbual dengan kawanku ini apabila tidak ada apa-apa yang mahu kubuat. Petang ini, aku berpeluang lagi mengunjungi kawanku ini, tapi pada kali ini aku dibawa ke bengkel kereta abangnya yang sudah lama ditinggalkan ini, sebab abangnya sudah ada bengkel baru di Tapak Perindustrian Beribi II, maka kawanku ini mengambil alih bengkel kereta abangnya yang sudah lama ditinggalkan ini dengan melebalkannya dengan nama ‘Mat Jenin International’. He he he ha ha ha... aku lalu ketawa besar ketika pertama kali melihat kawanku ini melantak lebal nama bengkelnya ini di depan simpang masuk dari jalan raya kampung kami sebulan yang lalu. Kawanku ini betul-betul gila dan lain dari kawan-kawanku yang lain, apatah lagi jika dibandingkan dengan orang-orang kampung kami yang semuanya sudah men

Penulis dan Publisiti

Imej
Tidak tahulah bagaimana penulis tanah air kita akan dapat memartabatkan, mengembangkan, memajukan dan sekaligus memasyarakatkan karya-karya Sastera Melayu di negara ini ke tahap yang lebih membanggakan; lebih dikenali oleh pembacanya, jika penulis kita masih tetap berselindung di sebalik karya dan nama mereka sahaja di zaman kemajuan IT ini - TIDAK MAHU PUBLISITI!  Saya rasa, seperti bidang seni yang lainnya (penyanyi, pelakon, pemain bola dan lain-lainnya), penulis juga perlu publisiti publisiti publisiti dan penulis itu sendiri perlu tampil dan berusaha berusaha berusaha memperkenalkan karya-karya mereka di mata masyarakat tanpa mengharap dan menunggu pihak mana yang mahu melakukannya terlebih dahulu (seperti pelajar, pengkritik, ahli akademik, persatuan, istitusi pendidikan dan lain-lainnya) kerana kita kini mempunyai saluran media yang terbuka luas, malah mudah untuk dipelajari dan melaksanakannya.

Flash Fiction: Putera Katak Brunei dan 'Fiksi Mini'nya

Imej
Flash Fiction (atau fiksyen kilat) adalah salah satu gaya dalam sastera yang ditulis secara ringkas dan pendek. Tidak ada definisi yang diterima secara meluas mengenainya, dan beberapa orang penulis mengatakan ianya ditulis antara serendah 300 hingga 1,000 patah perkataan sahaja. Nama-nama lain untuk flash fiction ialah sudden fiction (atau fiksyen secara tiba-tiba) , fiksyen-mikro, cerita-mikro, cerita pendek, fiksyen poskad dan cerita pendek pendek. Istilah flash fiction sudah mula digunakan pada tahun 1990an. Antara penulis yang terkenal dengan genre ini ialah Franz Kafka, Yasunari Kawabata, Ernest Hemingway, Arthur C. Clarke, Ray Bradbury dan banyak lagi. Pada masa ini flash fiction lebih cenderung dimajukan dan dipopularkan oleh Jacques Fuentealba, Vincent Bastin, Gechter Oliver, Batalion Stephane dan Berthiaume Laurent. Manakala di Brunei, kita juga sudah melihat antaranya ialah Fiksi Mini yang dihasilkan oleh Putera Katak Brunei yang sehingga sekarang dapat kita

Bagaimana menghayati karya seni puisi?

Imej
Menurut Muhammad Haji Salleh (Pengalaman Puisi, 2005: viii) "(...) belum ada suatu teori yang sempurna untuk pembaca menghayati seni puisi. Teori yang ada ialah teori atau hipotesis bagaimana pembaca berinteraksi dengan sesebuah karya sastera. Pengalaman seni tidak mudah diteorikan (...)." Dan "(...) Hanya (dengan) kepenuhan jiwa dan peribadi (...)lah yang akan memungkinkan kita mendengar dengung rima, terpegun oleh imej yang jitu, sambil merenungkan wawasan yang menjernihkan sudut keruh suatu pengalaman hidup."

Berkarya, dan bermimpi indah...

Imej
Saya sentiasa mengingat-ingati setiap apa yang pernah saya tulis, dan ternyata semuanya mendatangkan hasil yang membanggakan juga. Justeru itu seboleh-bolehnya saya akan berusaha untuk terus menulis, sekalipun ianya berupa nota-nota rengkas atau serangkap sajak di lembaran-lembaran nota yang akhirnya hilang dan terdampar entah ke mana. Cerpen atau sajak saya sudah jarang lagi terbit di surat khabar, atau di majalah-majalah Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Sebabnya, saya sendiri tidak lagi berasa teruja untuk menghantar dan melihat karya saya terbit begitu sahaja tanpa memperolehi feedback dari pembacanya. Karya-karya saya mungkin hanya sesuai untuk disimpan begitu saja, dan terbit apabila ada kelebihan ruang untuknya, apabila tidak ada sebuah karyapun dari rakan-rakan penulis yang lainnya, apabila tidak ada sebuah karyapun menjadi yang terbaik dari karya saya sendiri; maka adalah lebih baik apabila ianya terbit jika ada orang yang mahu memahami tentang apa yang tersurat dan tersirat