Catatan

Menang dalam peraduan atau kerana menjaga reputasi sebagai seorang penulis

Imej
Saya pernah ditanya 'kenapa tidak ikut menulis dalam peraduan'. Apabila saya menjawab 'tidak berminat', mereka lalu mengatakan bahawa saya sebenarnya 'takut tidak menang, atau takut kalah memandangkan saya adalah orang yang sudah lama menulis dan karya saya sering terbit di akhbar dan majalah. Jadi adalah sangat memalukan jika saya tidak menang, apatah lagi jika peraduan itu nanti akan dimenangi oleh muka-muka baru'. Saya tidak pernah peduli dengan pendapat tersebut. Sebenarnya saya tidak pandai menulis dalam peraduan, atau kerana menginginkan hadiah, penghargaan, pengiktirafan, atau kerana nama dan sebagainya. Menjadi seorang penulis ialah kerana saya ingin membina sebuah kehidupan yang sebenarnya ke dalam diri saya, dan jika pembaca mendapat manfaat dari karya-karya saya itu, ia sudah lebih dari cukup dari apa yang saya fikirkan. Dengan yang demikian, sejak menjadi penulis, saya rasa saya sudah lama menang atau menjadi seorang pemenang - kerana untuk men

Tawaran Penulisan Skrip Drama TV Tahun 2014

Imej
'Selamat Harijadi Mona' terbitan RTB-BMR Kelmarin saya telah menerima sepucuk surat tawaran untuk menulis skrip drama TV bagi Tahun 2014 dari Ketua Bahagian Rancangan TV, Radio Televisyen Brunei. Tawaran itu menghendaki saya menulis sinopsis dan skrip bagi 13 episod drama bersiri dalam jangka masa 25-30 minit, dan satu drama khas dalam jangka masa 45-50 minit. Tema dan sempena drama itu pula mestilah releven dengan keadaan di dalam negeri ini. Saya tidak tahu sama ada akan menulis skrip drama TV lagi atau tidak. Yang pasti saya masih mempunyai kemahuan untuk itu, dan berharap mampu menulis skrip drama TV lagi kerana melaluinya kita akan dapat memberi semangat dan laluan kepada penulis yang lain, terutamanya penulis-penulis muda kita untuk ikut serta menulis skrip drama TV dan memberi sumbangan yang sepatutnya. Kali terakhir saya menulis skrip dan terlibat sama dalam penerbitan drama TV ialah dua tahun yang lepas, iaitu melalui Drama Khas Sempena 30 Tahun Biro Mencegah R