Catatan

Wajah penulis-penulis Brunei

Imej
Sesetengah orang berpendapat “biografi adalah kisah atau keterangan tentang kehidupan seseorang, sebuah keterangan yang lebih kompleks daripada sekadar daftar tarikh lahir atau mati dan data-data pekerjaan seseorang. Justeru itu biografi juga bercerita tentang perasaan yang terlibat dalam mengalami kejadian-kejadian tersebut. Juga dijelaskan secara lengkap kehidupan seorang tokoh sejak kecil sampai tua, bahkan sampai meninggal dunia. Semua jasa, karya, dan segala hal yang dihasilkan atau dilakukan oleh seorang tokoh itu haruslah dijelaskan semuanya.” Jika kita memakai pendapat di atas, kelahiran buku Wajah Penulis-Penulis Brunei (DBP: 2011), mahupun terbitan buku pertamanya Biografi Penulis Brunei (DBP: 1987) belumlah mencapai seperti apa yang kita harapkan. Lebih-lebih lagi penyusun buku ini menyatakan bahawa “buku ini adalah catatan ringkas mengenai 105 orang penulis Brunei Darussalam.” Dan “bukanlah merupakan senarai penulis yang lengkap tetapi memadailah sebagai satu peng