Isu Rasuah dalam 'Selamat Harijadi Mona...'
Selamat Harijadi Mona adalah sebuah
skrip Drama TV Khas sempena 30 Tahun Biro Mencegah Rasuah yang telah saya tulis atas
permintaan Biro Mencegah Rasuah dengan kerjasama Radio Televisyen Brunei. Drama
ini telah disiarkan pada tahun 2012 yang lalu, dan telah mendapat sambutan yang sangat
baik di kalangan penonton tempatan kita di sini.
Oleh kerana
drama ini melibatkan dua buah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab di dalam
menyebarluaskan isu-isu berkenaan dengan keselamatan dan kesejahteraan hidup
bermasyarakat di negara ini, sebagai seorang penulis skrip saya telah mengambil
beberapa inisiatif bagi melaksanakan sebuah skrip yang menepati kehendak penerbit, dan dapat ditampilkan ke dalam skrin.
Antaranya
ialah dengan mendengar dan membaca kes-kes yang pernah terjadi, serta membuat penyelidikan mengenai isu-isu yang berkaitan, (dalam
kontek ini ialah bagaimana rasuah itu boleh berlaku) sehingga ianya merosakkan
seseorang individu atau ahli di dalam sesebuah keluarga, atau sesebuah
masyarakat, bahkan sesebuah negara.
Drama ini melibatkan
beberapa orang pelakun yang tidak asing lagi
bagi penonton kita di sini, di antaranya ialah Dato Jalaludin Hassan
(Malaysia), dan pelakun-pelakun tempatan - Md Hassanol Irshad Haji Junaidi,
Mimi Rahzia, Amal Nazurah Sejeli, Shahminan Haji Md Yassin, Airniemelati Haji
Ahmad, Haji Suhaili Haji Hidup, dan Nur Unaizah Haji Ismail di bawah arahan
Hajah Jauyah Haji Chuchu.
----------------------------------------------------
SINOPSIS: Bakar
adalah seorang pengamal rasuah, namun dalam beberapa kes pihak Biro Mencegah
Rasuah masih tidak dapat membuktikan keterlibatannya, sehingga dia masih
terlepas dari menerima hukuman.
Walau bagaimanapun kehadiran Malik dan teman wanitanya, Fiezah menyebabkan Bakar menjadi semakin berani. Malik muncul dengan menawarkan hadiah/sogokan/perkhidmatan yang lebih menarik jika Bakar mahu membantunya meluluskan permohonan-permohonan tender bagi syarikatnya yang sudah pun menjalinkan usahasama dengan syarikat Encik Murad yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia.
Walau bagaimanapun kehadiran Malik dan teman wanitanya, Fiezah menyebabkan Bakar menjadi semakin berani. Malik muncul dengan menawarkan hadiah/sogokan/perkhidmatan yang lebih menarik jika Bakar mahu membantunya meluluskan permohonan-permohonan tender bagi syarikatnya yang sudah pun menjalinkan usahasama dengan syarikat Encik Murad yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia.
Encik Murad
ialah seorang usahawan yang bercita-cita tinggi, dan berminat untuk mendapatkan
tawaran bagi projek menaik taraf bangunan milik kerajaan di negara ini secara
sah. Oleh sebab itu Encik Murad menaruh kepercayaan kepada rakan usahasamanya,
Malik untuk mendapatkan tawaran tersebut berpandukan syarat-syarat permohonan
yang telah ditetapkan.
Walau
bagaimanapun, Malik lebih suka menggunakan jalan mudah, iaitu dengan
merasuah rakan baiknya, Bakar yang bekerja di sebuah jabatan yang
bertanggungjawab memproses dan meluluskan permohonan-permohonan tender bagi
projek kerajaan. Manakala Bakar yang memang mudah terpengaruh dengan Malik, di
samping desakan hidup yang ditanggung terhadap isteri dan anaknya, seperti
biasa menerima tawaran Malik dengan memberikan sokongan tanpa memikirkan
akibatnya.
Keadaan ini
telah menarik minat pihak Biro Mencegah Rasuah untuk membuka semula penyiasatan
terhadap kegiatan Bakar. Bakar yang sejak dahulu dalam perhatian mereka kini
jelas lebih berani dari yang disangkakan sebelumnya. Bakar tidak dapat mengelak
dari mempunyai hubungan dan kepentingan peribadi yang sangat rapat dengan
beberapa individu yang mempunyai urusan dengannya, terutama dengan syarikat
yang dimiliki oleh Malik.
Oleh sebab
itu, Encik Murad berasa hairan apabila mengetahui syarikat usahasama mereka
sudahpun mendapat tawaran projek menaik taraf bangunan kerajaan itu dengan
sebegitu mudah. Tambahan lagi ketika dia membuat lawatan ke tapak projek
tersebut, Bakar sudah mula meminta ganjaran darinya sebagai membalas budi yang
telah diberikan kepada syarikat mereka.
Apabila
diselidiki dengan sebaik-baiknya, Encik Murad menyedari dia telah ditipu oleh
Malik. Encik Murad juga berasa tidak senang hati dengan cara Bakar menggunakan
kuasanya dan memberikan keistimewaan kepada syarikat mereka. Oleh sebab itu
Encik Murad pun berjanji untuk menunaikan permintaan Bakar, dan secara
diam-diam melaporkan perbuatan Malik dan Bakar kepada pihak Biro Mencegah
Rasuah tanpa memikirkan keuntungan yang seharusnya dimiliki oleh syarikatnya.
Akhirnya,
berdasarkan bukti-bukti dan kerjasama yang diberikan oleh Encik Murad, pihak
Biro Mencegah Rasuah telah berjaya menangkap Malik dan Bakar. Ketika itu mereka
sedang berada di rumah Bakar, dan meraikan majlis harijadi isterinya, Mona.
Keriangan isteri dan anaknya, Ezah tiba-tiba bertukar menjadi suram. Bakar
ternyata gagal menunaikan tanggungjawabnya.
p. s. jika anda ingin mendapatkan skrip penuh untuk drama ini sila hubungi penulis
p. s. jika anda ingin mendapatkan skrip penuh untuk drama ini sila hubungi penulis
Ulasan