Catatan

Puasha telah menulis sejak tahun 1985, dan sebanyak lapan buah judul buku telahpun diterbitkan yang bermula dengan sebuah novel remaja Sebuah Pondok di Bukit Kota.

Imej
Puasha telah menulis sejak tahun 1985, dan sebanyak lapan buah judul buku telahpun diterbitkan yang bermula dengan sebuah novel remaja Sebuah Pondok di Bukit Kota . Empat buah buku berikutnya ialah kumpulan puisi Nakhoda Manis - Pelayaran Kedua , kumpulan cerpen Cetera Merdeka , kumpulan puisi Sandiwara , dan kumpulan drama tv Amanat juga telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei; manakala Kumpulan Cerpen dan Puisi Kanak-Kanak Kisah Di Sebuah Halaman adalah buku terbaharu dari penulis. Untuk membeli atau membuat pesanan segera sila klik pautan ini http://www.krafiti.com/search.asp?keyword=puasha&search=Find

Ingat dari Mana Kita Bermula

Imej
Saya masih ingat (lihat gambar) puisi yang saya baca lebih dua tahun yang lalu ialah, 'Ingat dari Mana Kita Bermula' dari Kumpulan Puisi Nakhoda Manis - Pelayaran Kedua. Saya memang jarang sekali naik ke atas pentas untuk baca puisi di depan khalayak ramai, tetapi apabila diberi peluang saya akan cuba menyampaikannya dengan baik dan dengan cara yang tersendiri. Banyak orang berpendapat, membaca puisi dengan indah itu bererti kita harus membaca dengan lafaz yang tepat, nada, intonasi, dan ekspresi yang sesuai dengan isi atau tema puisi yang kita baca. Itulah yang selalu saya ingat, dan sebagai seorang penulis puisi - saya lebih mudah untuk memilih puisi yang saya tulis sendiri untuk saya baca apabila dipanggil di acara-acara seperti ini.