Ingat dari Mana Kita Bermula

Saya masih ingat (lihat gambar) puisi yang saya baca lebih dua tahun yang lalu ialah, 'Ingat dari Mana Kita Bermula' dari Kumpulan Puisi Nakhoda Manis - Pelayaran Kedua. Saya memang jarang sekali naik ke atas pentas untuk baca puisi di depan khalayak ramai, tetapi apabila diberi peluang saya akan cuba menyampaikannya dengan baik dan dengan cara yang tersendiri.

Banyak orang berpendapat, membaca puisi dengan indah itu bererti kita harus membaca dengan lafaz yang tepat, nada, intonasi, dan ekspresi yang sesuai dengan isi atau tema puisi yang kita baca. Itulah yang selalu saya ingat, dan sebagai seorang penulis puisi - saya lebih mudah untuk memilih puisi yang saya tulis sendiri untuk saya baca apabila dipanggil di acara-acara seperti ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu