Catatan

Peraduan Menulis Skrip Drama Kanak-Kanak

Imej
Sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei (1961-2011), Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei sedang mengadakan Peraduan Menulis Skrip Drama Kanak-Kanak sebagai lanjutan daripada Bengkel Penulisan Skrip Drama Kanak-Kanak yang telah diadakan pada 13-16 Jun 2009 yang lalu. Peraduan tersebut merangkumi Skrip Drama Pentas, Radio dan Televisyen. Keterangan lanjut dan borang penyertaan boleh diperolehi di Kaunter-Kaunter Penyambut Tetamu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 01 Jun 2010.

Cerpen dan majalah Bahana 2008

Berikut adalah petikan 'Laporan Panel Penilai hadiah Kreatif Bahana 2008' yang berlangsung pada hari Sabtu, 21 November 2009 yang lalu, khusus bagi Kategori Cerpen yang saya rasa patut untuk kita renungkan kembali; Cerpen dalam majalah Bahana 2008 secara umum masih terikat dengan gaya penceritaan kovensional dan tipa stereo dengan cerpen-cerpen sebelumnya. Memang terdapat cerpen yang mengemukakan cerita yang berbentuk abstrak, surealis, dan simbolik tetapi ia masih pada tahap sederhana. Agak keterlaluan juga jika dilabelkan bahawa banyak cerpen dalam majalah Bahana 2008 gagal bercerita yang natijahnya pembaca kurang stimulasi meneruskan pembacaan sama ada kerana pengakhiran cerita sudah dapat dijangkakan, tema cerita yang sudah basi, gaya penceritaan yang tidak lancar, dan yang utama cerita yang dinukilkan tidak logik pada tahap logik realiti apatah lagi logik fiksyen. Malah ada di antara cerpen yang tersiar dalam Bahana 2008 hanya sesuai untuk bacaan remaja.

Writing A TV Drama Script (Creative & Culture: TV Drama)

Writing A TV Drama Script (Creative & Culture: TV Drama)

Cerpen dan akhbar.

Imej
Setakat ini kita hanya dapat melihat akhbar rasmi Pelita Brunei terbitan Jabatan Penerangan dan Media Permata terbitan Brunei Press Sdn. Bhd. sahaja yang ada memuatkan karya sastera penulis tempatan kita (khususnya cerpen dan puisi). Namun jumlah karya yang terbit melalui kedua-dua akhbar ini tidaklah begitu mengalakkan, malahan karya-karya tersebut terbit secara tidak berkala. Ini bermakna, sejak akhir-akhir ini, kita sudah mengalami kekurangan penulis yang mungkin tidak lagi berminat mengetengahkan karya mereka melalui kedua-dua akhbar ini, atau sebaliknya, kedua-dua penerbit akhbar tersebut juga sudah serik menerima karya penulis-penulis muda kita yang cuma mahu menulis setakat apa yang termampu. Untuk mengikuti perkembangan lanjut, sila ikuti cerpen-cerpen yang mungkin terbit melalui akhbar yang dimaksudkan dari masa ke semasa.

Majlis Penyampaian Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP 2008

Imej
Kelmarin Sabtu 21 haribulan November, seramai 12 orang penulis telah menerima Hadiah Kreatif Bahana DBP-BSP 2008, termasuk Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dengan puisinya `Ini Zat Bukan Bayangku'. Pemenang dari tiga kategori iaitu cerpen, puisi dan syair menerima hadiah berupa wang tunai yang disumbangkan oleh Brunei Shell Petroleum (BSP), plak, sijil dan satu jilid majalah Bahana. Majlis juga diserikan dengan sesi bacaan puisi oleh para pemenang sebelum penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Awang Haji Muhamad bin Haji Abdul Rahman.