Cerpen dan majalah Bahana 2008

Berikut adalah petikan 'Laporan Panel Penilai hadiah Kreatif Bahana 2008' yang berlangsung pada hari Sabtu, 21 November 2009 yang lalu, khusus bagi Kategori Cerpen yang saya rasa patut untuk kita renungkan kembali;

Cerpen dalam majalah Bahana 2008 secara umum masih terikat dengan gaya penceritaan kovensional dan tipa stereo dengan cerpen-cerpen sebelumnya. Memang terdapat cerpen yang mengemukakan cerita yang berbentuk abstrak, surealis, dan simbolik tetapi ia masih pada tahap sederhana. Agak keterlaluan juga jika dilabelkan bahawa banyak cerpen dalam majalah Bahana 2008 gagal bercerita yang natijahnya pembaca kurang stimulasi meneruskan pembacaan sama ada kerana pengakhiran cerita sudah dapat dijangkakan, tema cerita yang sudah basi, gaya penceritaan yang tidak lancar, dan yang utama cerita yang dinukilkan tidak logik pada tahap logik realiti apatah lagi logik fiksyen. Malah ada di antara cerpen yang tersiar dalam Bahana 2008 hanya sesuai untuk bacaan remaja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu