Catatan

Buku 'We've Got Blog: How Weblog Changing Our Culture' Telah Mendorongku Untuk Menulis Blog ini.

Imej
Buku 'We've Got Glog: How Weblog Are Changing Our Culture' kupesan dari Amazon.com dua minggu yang lepas. Buku ini merupakan kumpulan 34 essei yang membincangkan sejarah kepenggunaan blog, pengalaman hingga kepada pengaruh blog itu sendiri terhadap budaya masyarakat moden kita pada hari ini. Aku baru sahaja membaca beberapa judul dan rasanya buku ini memang menarik sekali bagi mereka yang ingin mengetahui tentang perkembangan blog. Ini bukanlah pertama kali aku menulis melalui blog seperti ini. Sebelum ini aku juga memiliki sebuah laman blog yang akhirnya tidak dapat kuteruskan kerana menghadapi beberapa masalah dengannya. Akan tetapi setelah membaca buku 'We've Got Blog: How Weblog Are Changing Our Culture' minatku kembali untuk menulis melalui blog ini, dengan tujuan dan idea penulisan yang berlainan dari yang terdahulu. Aku akan terus membaca buku 'We've Got Blog: How Weblog Are Changing Our Culture' dan jika ada kesempatan aku akan kembali menyam