Catatan

Di Sini Aku Masih Ingat Kampongku Yang Kukenal.

Dari kampong yang kukenal dengan budaya nenek-moyangku yang lurus dengan nilai, moral dan adatnya lalu kini jalanku terpesong di sebuah bandar yang hidupnya menjala segala yang hanyut di arus modenisme ini tanpa kemesraan bahasa dan budi perkerti anak bangsanya. Sebab kita telah lalui jalan ini dunia seolah telah merubah hidupku dengan cita-cita atau harapan yang seringkali punah dalam kenyataan malam tidak lagi membenarkan kita bermimpi panjang atau berangan-angan sebab siang mengejarku bersama bayangnya; kegelisahan yang membuatkan aku berhenti dari berkata-kata tentang dunia yang kukenali kini. Dan kita tidak akan kembali lagi ke pangkal jalan yang pernah kita lalui dahulu sebab jalan ini adalah perjalanan masa yang akan terus berlalu bersama usia yang semakin tersisa lalu pengalaman membentuk diri menjadi manusia yang tahu akan makna kemajuan di bandar ini; melihat bangunan-bangunan modennya supermarket, gedung, komplek, apartment dan mall telah memperkenalkan segala macam gaya hid

Buku 'We've Got Blog: How Weblog Changing Our Culture' Telah Mendorongku Untuk Menulis Blog ini.

Imej
Buku 'We've Got Glog: How Weblog Are Changing Our Culture' kupesan dari Amazon.com dua minggu yang lepas. Buku ini merupakan kumpulan 34 essei yang membincangkan sejarah kepenggunaan blog, pengalaman hingga kepada pengaruh blog itu sendiri terhadap budaya masyarakat moden kita pada hari ini. Aku baru sahaja membaca beberapa judul dan rasanya buku ini memang menarik sekali bagi mereka yang ingin mengetahui tentang perkembangan blog. Ini bukanlah pertama kali aku menulis melalui blog seperti ini. Sebelum ini aku juga memiliki sebuah laman blog yang akhirnya tidak dapat kuteruskan kerana menghadapi beberapa masalah dengannya. Akan tetapi setelah membaca buku 'We've Got Blog: How Weblog Are Changing Our Culture' minatku kembali untuk menulis melalui blog ini, dengan tujuan dan idea penulisan yang berlainan dari yang terdahulu. Aku akan terus membaca buku 'We've Got Blog: How Weblog Are Changing Our Culture' dan jika ada kesempatan aku akan kembali menyam