Catatan

Dapatkan Novel 'Sebuah Pondok Di Bukit Kota' - Novel Pertama Dari Penulis.

Imej
Ini adalah novel pertama yang aku tulis dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei (2004). Novel ini sesuai untuk bahan bacaan golongan remaja/kanak-kanak, yang menceritakan tentang pengembaraan sekumpulan remaja di sebuah bukit yang bernama Bukit Kota. Novel ini juga diselitkan dengan unsur-unsur sejarah dan pengetahuan am yang amat berguna bagi pembacanya. Bagi awda yang berminat bolehlah mendapatkannya di kedai buku Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei dengan harga $4.00 senaskah. Berikut adalah petikan dari kisah yang menarik dari novelku ini; “Semasa Perang Dunia Kedua 1941-1945 dahulu, tentera Jepun mendarat di negara kita ini. Mereka menduduki dan mengambil alih kuasa pemerintahan negara dan British Resident. Pada masa itu ada sebilangan penduduk diambil bekerja secara paksa dan tak kurang juga yang menjadi mangsa kerana pemerintahan mereka yang kejam.” “Masa tu tok di mana?” tanya Rahman berminat. “Tok bekerja di kapal yang belayar dan Teluk Brunei di Muara menuju Sungai

Novel 'A Short History Of Tractors In Ukrainian' Cukup Menarik Untuk Kita Baca.

Imej
Aku memang gemar membaca buku. Tidak kiralah sama ada sajak, cerpen, novel atau buku-buku ilmiah. Tapi biasanya aku lebih suka memilih buku berbahasa Inggeris. Bukan sebab buku berbahasa Melayu tidak menarik, tapi entahlah buku-buku berbahasa Melayu (novel) memang sukar untuk dinikmati, terutama jika isi cerita dan bahasanya langsung tidak ada apa-apa pembaharuan atau kelainan yang perlu kupelajari. Beberapa hari yang lalu aku beli sebuah novel berbahasa Inggeris yang berjudul 'A Short History Of Tractors In Ukrainian' karya Marina Lewycka. Isi ceritanya bagus dan bahasanya memang cukup menarik... 'thought-provoking, uproariously funny, a comic feast. A riotous oil painting of senility, lust and greed.' Sehingga kini aku sudah membaca hingga pada muka surat 97 dan sangat berminat untuk membaca novel ini sehingga tamat. Aku masih belum tahu apa kesudahannya... Berikut adalah petikan cerita yang aku petik dari blurb novel ini: 'Two years after my mother died, my fathe