Catatan

ASTERAWANI Perlu Pertahan Kewujudannya.

Imej
TIDAK banyak yang dapat diperkatakan mengenai kecenderungan sastera di Brunei. Mungkin kerana kita telah berasa cukup dan berpuas hati dengan keadaan ini maka tidak ada isu yang ternampak dan perlu ditimbulkan kerana biasanya orang kita tidak begitu gemar bersuara secara terbuka. Ini bukan berrnaksud untuk mengkritik, akan tetapi kebisuan kita ini sedikit sebanyak telah menghapuskan minat orang untiak memahami sastera dan akhirnya kebanyakan karya-karya penulis kita tidak lagi dinilai sebagai hasil yang menguntungkan. Apabila orang tidak lagi mahu memandang serius mengenai sastera dan ilmu yang berkaitan dengannya, penggiat sastera terutama sekali para penulis sudah tentulah akan ditempatkan di suatu ruang yang asing dan jauh tersisih dari hati masyarakat. Sebenarnya masyarakat kita amat memerlukan kejelasan tentang kedudukan sastera kita di Negara ini. Dengan yang demikian tidakkah kita perlu bersuara dan membangkitkan perkara yang sebenarnya perlu bagi memperbaiki keadaan yang telah

'Nyanyian Perjalanan Mencari Diri Dari Muara Ke’Arafat' Memenuhi Keperluan Ciri-Ciri Persajakan islam.

Imej
Judul: Nyanyian Perjalanan Mencari Diri dari Muara Ke’Arafat. Penulis: Yahya M. S (Tokoh sastera Mastera Brunei Darussalam) Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2004 Genre: Sajak Muka Surat: 78 Halaman Harga: BND$4.00 ISBN: 99917-0-363-2 KUMPULAN PUISI Nyanyian Perjalanan Mencari Diri Dari Muara Ke ‘Arafat iaitu puisi-puisi yang dihasilkan oleh Yahya M.S. sekitar tahun 1984 hingga tahun 1998 merupakan kumpulan puisi keenam penyair selepas Kumpulan Puisi Perjalanan Kedua Dan Rumah Ke Puncak Suasana (DBP, 2003). Kumpulan ini mengandungi 25 buah puisi, dua daripadanya ditulis dalam bahasa Arab iaitu “Katanya: Aku Beriman” dan “Siapa Dikau” yang digarap oleh Yahya M.S. dengan ungkapan-ungkapan yang penuh makna, corak nada yang lebih lantang dan terbuka sifat sindiran dan pengibaratannya dengan tujuan untuk memberi nasihat, pengajaran dan panduan dalam kehidupan masyarakat Islam terutama kepada anak bangsanya dan masyarakat dunia umumnya sesuai dengan persoalan-persoala

"Novel Ayat-Ayat Cinta adalah contoh novel karya penulis muda yang sangat baik!"

Imej
Judul : Ayat-ayat Cinta Pengarang : Habiburrahman El Shirazy Penerbit : Al-Risalah Product Sdn Bhd Genre : Novel Mukasurat : 510 halaman Cetakan Ketiga ( Malaysia ): Mac 2007 ISBN : 9832672368 PEMENANG PENA AWARD NOVEL TERPUJI NASIONAL 2005 dan PEMENANG ANUGERAH PENGHARGAAN "THE MOST FAVOURITE BOOK 2005" "Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir "Ateist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah" dan "Bumi Manusia", kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk "Ayat-ayat Cinta" pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekolempok mahasiswa Indonesia yang tidak saja tekun menangguk ilmu, malam berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar. "Ayat-ayat Cinta" memangnya pintar mengheret kita menjejaki - malah menghidu

Do you love to write? Do you think you're a good writer?

Imej
A new idea hits you. You feel excited about it. And you know it would make a great story or book. You can just feel it. But many people have great ideas and want to write about them. Most people never will. Some will get off to a big, exciting start and then will quit midway. Only a few will see their writing dreams fulfilled in the end. Sure writing takes creativity, imagination and talent. And it also takes determination. But it takes something else that often gets overlooked:  Writing Technique . CLICK HERE TO GET STARTED NOW!

SECRETS of How My Mother Became a Millionaire karya Pepper Lim termasuk dalam senarai buku paling laris pada awal Ogos tahun ini.

Imej
SECRETS of How My Mother Became a Millionaire karya Pepper Lim membawa pembaca mendalami rahsia kejayaan ibu penulis sebagai seorang jutawan dan diselangi dengan nasihat berguna bagi memungkinkan pembaca mengikut jejak langkahnya dalam era globalisasi yang serba mencabar ini. Meskipun buku ini termasuk dalam kelompok motivasi, tetapi pengarangnya memanfaatkan teknik penceritaan dalam usahanya menyelamatkan pembaca daripada masuk dalam kepompong kebosanan selain menyulamnya dengan kata-kata pujangga bagi mendorong mereka menyelami rahsia kejayaan ibunya. Berbekalkan latar pendidikan yang sederhana dan memegang citra ibu pada usia muda, ibunya membesarkan dua anak yang masih kecil sambil memikul beban besar kerana suaminya ketika itu melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Bagaimanapun, sifat berjimat cermat dan sederhana yang diamalkan keluarganya sedikit sebanyak meringankan beban yang dihadapinya dan antara faktor penyumbang kepada kejayaan ibunya sehingga mampu tampil sebagai seo