Selamat Hari Raya Aidilfitri…
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua penulis yang beragama Islam di Negara Brunei Darussalam, serta pembaca laman weblog puasha.blogspot.com. Saya berharap di hari mulia ini kita akan dapat bersama-sama meraikannya dengan rasa penuh bersyukur dan menikmati suasana yang meriah ini dengan semangat perpaduan dan saling hormat menghormati, terutama bagi kalangan penulis kita yang mungkin sahaja mempunyai masa yang begitu terhad untuk saling kunjung mengunjungi di antara satu sama lain. Di majlis Anugerah Sastera Mastera kali Ketiga yang diadakan pada 21hb. September yang lalu, saya berasa sangat berbesar hati kerana telah berpeluang menghadiri majlis yang berprestij tersebut. Di majlis ini, saya bukan sahaja telah diberikan kesempatan untuk saling berkenal-kenalan dengan penulis yang lain, malahan telah memberikan satu dorongan kepada saya untuk terus berkarya dengan suatu pemikiran yang lebih matang, serta dengan suatu sikap yang lebih terbuka. Ketika duduk di sampin