Catatan

Family project...

Imej
Assalamu'alaikum, My name is Norain.  My dad used to be an avid writer back in the 60's-80's. I'm planning to start a family project, i.e. kan menggumpul balik cerpen-cerpen & skrip2 drama yg pernah beliau tulis.  Unfortunately after berpindah2 rumah I cannot get any single copy he wrote.  I'm very sad. I was glad to stumble upon your website and thought perhaps you could help me (or rather lead me) to where I could start on my expedition in search for the "treasure".  Do you have any contacts in Arkib Negara or Dewan Bahasa who I can contact? Do you know if they have archived old copies of Pelita Brunei . According to my dad biasanya cerpen/skrip2 yg di tulis beliau di hantar ke censor board dulu before publishing - I hope they have a copy of some sort. My dad's pen nama was JM Yusri or Yusri. Appreciate your help. Wassalam Norain --------------------------------------------------------- Norain, memang susah bagi saya untuk

Crafty TV Writing.

Imej
Semua orang menonton televisyen, dan semua orang mempunyai satu pendapat pada apa yang membuatkan TV adalah yang terbaik. Tetapi, Alex Epstein telah menunjukkan satu panduan yang tidak ternilai, menulis untuk televisyen merupakan satu kraf atau seni yang khusus dan amat memerlukan pengetahuan serta kemahiran Epstein, adalah seorang penulis TV veteran dan telah menunjukkan dirinya sebagai seorang pencipta, menyediakan pengetahuan penting tentang keseluruhan proses penulisan televisyen, terutama bagi penulis muda dan penulis mapan yang ingin pergi jauh ke peringkat seterusnya. Crafty TV Writing akan menerangkan bagaimana untuk menyahkod struktur tersembunyi sesebuah siri TV. Epstein juga menggambarkan cara-cara terbaik untuk menjana dan menulis sesuatu peristiwa, mewujudkan watak-watak yang akan ditonton, membina dialog yang menghiburkan dan cita rasa humor. Dia menunjukkan bagaimana untuk menangani semua masalah yang bermula dari penghasilan skrip yang akhirnya akan memberi manfaat

Antologi cerpen: periode awal Brunei Darussalam.

Imej
Saya masih ingat ketika mengikuti pengajian di Universiti Brunei Darussalam (UBD) dahulu, iaitu pada semester IV tahun 1991. Salah satu tugasan yang diberi ketika mengikuti kursus Cerpen Melayu ialah mencari dan membuat kajian terhadap cerpen-cerpen periode awal Brunei , khususnya dalam tahun 1950an. Kerana minat yang mendalam dan keinginan untuk lulus, melalui Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Brunei saya mula menemui beberapa buah cerpen lama yang diantaranya ditulis oleh A. M. Notosusanto, Dora, Tok Pawang, Abdi Sastera (setakat menyebut beberapa nama) yang sebelumnya memang tidak pernah saya kenali (kecuali beberapa orang penulis yang karya mereka masih dapat saya baca ketika itu, antaranya Adi Kelana dan Norchaya). Sesuai dengan ketetapan tugasan yang diberi, akhirnya saya telah memilih untuk mengkaji sebuah cerpen yang berjudul ‘Keistemewaan Di Tempat Kami’ karya Adityawarman, terbit dalam Salam , 2 Jun 1956. Saya sendiri tidak ingat kenap

Mulakan menulis dari sekarang...

Imej
Salam Tuan, Bila ada peluang saya suka membaca blog Tuan dan saya amat berminat untuk menulis skrip, novel dan apa2 cerita yang saya ada untuk dijadikan buku agar dapat dikongsikan kepada yang gemar membaca. Masalah saya.. untuk memulakan menulis saya tidak tahu bagaimana walaupun saya boleh dikategorikan yang banyak menyimpan cerita2 menarik dan benar untuk dijadikan bahan. Saya ingin mengikuti kursus penulis skrip atau apa saja yang bersesuaian. Saya harap Tuan dapat membantu saya dalam perkara ini. Wasalam. MariyaEya --------------------------------------------------------- Minat saudari dalam bidang penulisan adalah merupakan satu permulaan. Saudari juga sudah tentu memiliki bakat semulajadi untuk menulis, dan semua orang juga memiliki bakat begitu. Akan tetapi jika tidak diasah dan dilatih secara terus menerus bakat itu akan terpendam begitu saja. Sayang bukan. Jadi saya syorkan agar saudari mula menulis dari sekarang. Luangkan masa saudari untuk menulis, dan t

Skrip drama TV.

Imej
Saya telah dijemput oleh Unit Drama TV di Radio Televisyen Brunei (RTB) untuk menulis satu episode skrip drama kanak-kanak bagi siaran tvnya. Ia adalah satu peluang yang memang tidak boleh saya tolak. Memandangkan di negara kita ini hanya mempunyai sebuah stesen penyiaran tv, maka persaingan di antara para penulis skrip drama amat dirasakan. Jika skrip kita terpilih, ini bererti peluang kita untuk melangkah jauh di bidang penulisan skrip drama akan bertambah cerah. Seperti yang diminta, saya berhasil menyediakan skrip tersebut dalam tempoh seminggu hanya dengan sedikit panduan serta format skrip yang sudah ditentukan. Saya tidak mempunyai masalah dengan bentuk cerita yang dikehendaki. Akan tetapi, apabila memperkatakan tentang format skrip, ada berbagai cara atau teknik yang digunakan – ini bergantung kepada kehendak penerbit drama tv tersebut. RTB juga memiliki format skrip yang agak mudah untuk diikuti oleh semua penulis, akan tetapi ini bukan bererti ianya boleh diterima pakai at