Flash Fiction: Putera Katak Brunei dan 'Fiksi Mini'nya
Flash Fiction (atau fiksyen kilat) adalah salah satu gaya dalam sastera yang ditulis secara ringkas dan pendek. Tidak ada definisi yang diterima secara meluas mengenainya, dan beberapa orang penulis mengatakan ianya ditulis antara serendah 300 hingga 1,000 patah perkataan sahaja. Nama-nama lain untuk flash fiction ialah sudden fiction (atau fiksyen secara tiba-tiba) , fiksyen-mikro, cerita-mikro, cerita pendek, fiksyen poskad dan cerita pendek pendek. Istilah flash fiction sudah mula digunakan pada tahun 1990an. Antara penulis yang terkenal dengan genre ini ialah Franz Kafka, Yasunari Kawabata, Ernest Hemingway, Arthur C. Clarke, Ray Bradbury dan banyak lagi. Pada masa ini flash fiction lebih cenderung dimajukan dan dipopularkan oleh Jacques Fuentealba, Vincent Bastin, Gechter Oliver, Batalion Stephane dan Berthiaume Laurent. Manakala di Brunei, kita juga sudah melihat antaranya ialah Fiksi Mini yang dihasilkan oleh Putera Katak Brunei yang sehingga sekarang dapat kita