Persada Puisi Pilihan - Pandanglah ke Bulan
'Pandanglah ke Bulan' adalah sebuah judul puisi pilihan terbaharu Puasha yang telah dimuatkan dalam ruangan Persada Puisi Pilihan, Majalah Bahana , September - Oktober 2021, terbitan Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam. Di antara judul-judul puisi pilihan yang lain yang turut dimuatkan ialah 'Berjalan Tanpa Selipar', 'Menjadi Kuat', 'Hidup Biarlah Bersimpul Mati Bersama', dan 'Catatan Tercicir dari Si Kecil'. Saya juga tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sidang editor majalah kerana memilih puisi ini sesuai dengan situasi kita yang berada dalam epidemik Covid-19 sekarang. Majalah Bahana diterbitkan dua bulan sekali oleh Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam sebagai wadah hati nurani penulis kreatif di negara ini khasnya, dan pada umumnya diketengahkan juga kepada penulis-penulis kreatif sastera Melayu di rantau Asia Tenggara dan dunia pada keseluruhannya. Pandanglah ke Bulan ...