Persada Puisi Pilihan - Pandanglah ke Bulan

Berikut ini adalah salah sebuah puisi pilihan terbaharu Puasha yang telah dimuatkan dalam ruangan Persada Puisi Pilihan, Majalah Bahana, September - Oktober 2021, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam.

Di antara judul-judul puisi pilihan yang lain yang turut dimuatkan ialah 'Berjalan Tanpa Selipar', 'Menjadi Kuat', 'Hidup Biarlah Bersimpul Mati Bersama', dan 'Catatan Tercicir dari Si Kecil'. Saya juga tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada editor majalah kerana memilih puisi-puisi tersebut.

Majalah Bahana diterbitkan dua bulan sekali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam sebagai wadah hati nurani penulis kreatif di negara ini khasnya, dan umumnya bagi penulis-penulis kreatif di rantau Asia Tenggara.

Pandanglah ke Bulan
 
Kau selalu sahaja mengeluh dan menyalahkan orang lain sebab susahmu.
Akan tetapi untuk berjaya atau maju seperti orang lain, pandanglah ke bulan.
Kadang kala engkau mudah menyerah dan menyalahkan keadaan atau sekelilingmu.
Akan tetapi untuk merasakan nikmat hidup seperti orang lain,
pandanglah ke bulan.

Sering juga aku melihat engkau menangis apabila malammu tidak berbintang.
Akan tetapi untuk melihat sinar terang seperti orang lain, pandanglah ke bulan.
Atau, ketika mendengar engkau berteriak sebab tidak berjiwa dan miskin harta.
Akan tetapi untuk menjadi senang atau kaya seperti orang lain,
pandanglah ke bulan.

bebuloh
22/3/2020

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Apabila 'kerja menulis' Dijadikan Sebagai Kerjaya.

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.