Siri Kuliah Kesusasteraan Bandingan XVII, 2014
Siri Kuliah Kesusasteraan Bandingan XVII, 2014 yang membawakan tajuk "Jaringan Komuniti Sastera MASTERA Secara Lintas Budaya' telah berlangsung pada hari ini 25 November 2014 bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Siri kuliah tersebut adalah anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) Malaysia untuk Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) Brunei Darussalam yang "mengupas bagaimana sebuah badan atau MASTERA yang menangani kegiatan pemasyarakatan, penyelidikan, penelitian dan penerbitan persuratan Melayu berupaya melaksanakan tanggungjawabnya dalam memperkasa dan melestari sastera melalui jaringan komunitinya yang memiliki unsur-unsur yang sama dan berinteraksi aktif." Antara lain, kuliah itu juga adalah bertujuan untuk memberiga dan menyebarluaskan fungsi, peranan dan produk MASTERA kepada khalayak negara MASTERA, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand serta khalayak luar MASTERA yang kini telah hampir menc