Siri Kuliah Kesusasteraan Bandingan XVII, 2014

Siri Kuliah Kesusasteraan Bandingan XVII, 2014 yang membawakan tajuk "Jaringan Komuniti Sastera MASTERA Secara Lintas Budaya' telah berlangsung pada hari ini 25 November 2014 bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Siri kuliah tersebut adalah anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) Malaysia untuk Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) Brunei Darussalam yang "mengupas bagaimana sebuah badan atau MASTERA yang menangani kegiatan pemasyarakatan, penyelidikan, penelitian dan penerbitan persuratan Melayu berupaya melaksanakan tanggungjawabnya dalam memperkasa dan melestari sastera melalui jaringan komunitinya yang memiliki unsur-unsur yang sama dan berinteraksi aktif."

Antara lain, kuliah itu juga adalah bertujuan untuk memberiga dan menyebarluaskan fungsi, peranan dan produk MASTERA kepada khalayak negara MASTERA, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand serta khalayak luar MASTERA yang kini telah hampir mencapai usia 20 tahun sejak Penandatanganan Persafahaman Kerjasama Deklarasinya pada 25 Ogos 1995 di Kuala Lumpur.

Siri kuliah dibahagikan kepada tiga sesi, iaitu Kuliah I: "Rancangan Penubuhan- Sejarah Awal MASTERA, Kuliah II: MASTERA dan Ruang Lingkup Kegiatan, Kuliah II: MASTERA dan Impaknya terhadap Pembinaan Komuniti Sastera Lintas/Rentas Budaya, dan dibimbing oleh Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin selaku Mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam dan Pengerusi MASTERA Brunei Darussalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu