'Nyanyian Perjalanan Mencari Diri Dari Muara Ke’Arafat' Memenuhi Keperluan Ciri-Ciri Persajakan islam.

Judul: Nyanyian Perjalanan Mencari Diri dari Muara Ke’Arafat. Penulis: Yahya M. S (Tokoh sastera Mastera Brunei Darussalam) Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2004 Genre: Sajak Muka Surat: 78 Halaman Harga: BND$4.00 ISBN: 99917-0-363-2 KUMPULAN PUISI Nyanyian Perjalanan Mencari Diri Dari Muara Ke ‘Arafat iaitu puisi-puisi yang dihasilkan oleh Yahya M.S. sekitar tahun 1984 hingga tahun 1998 merupakan kumpulan puisi keenam penyair selepas Kumpulan Puisi Perjalanan Kedua Dan Rumah Ke Puncak Suasana (DBP, 2003). Kumpulan ini mengandungi 25 buah puisi, dua daripadanya ditulis dalam bahasa Arab iaitu “Katanya: Aku Beriman” dan “Siapa Dikau” yang digarap oleh Yahya M.S. dengan ungkapan-ungkapan yang penuh makna, corak nada yang lebih lantang dan terbuka sifat sindiran dan pengibaratannya dengan tujuan untuk memberi nasihat, pengajaran dan panduan dalam kehidupan masyarakat Islam terutama kepada anak bangsanya dan masyarakat dunia umumnya sesuai dengan persoalan-persoala...