Catatan

Penandatanganan Memorandum Perjanjian Penerbit-Penulis Kali Pertama/2014

Imej
Sehingga kini saya sudah berhasil menulis lima buah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei setelah termaterainya penandatanganan memorandum perjanjian penerbitan dua buah buku Kumpulan Drama TV: Amanat dan Kumpulan Puisi: Sandiwara pada 05 Mac 2014 yang lalu. Gambar: Hzumy HY

Kumpulan Pantun: Sindir Kasih Subalah Tabir - A.R. Romzi

Imej
Pantun adalah merupakan khazanah bangsa yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam masyarakat Melayu. Penciptaan pantun menuntut kepada keupayaan kreatif yang ditambah dengan kehalusan rasa yang tinggi untuk menghasilkan keindahan yang sempurna baik dari segi bentuk, struktur, bunyi, dan bahasa. Malah, penciptaan pantun juga memerlukan penguasaan ilmu dan pengetahuan yang amat luas kerana pembayang dan maksud sesebuah pantun itu sahaja mungkin menyentuh tentang unsur dan fenomena alam, agama, sejarah, budaya, pendidikan, dan sebagainya. Setelah membaca buku Kumpulan Pantun: Sindir Kasih Subalah Tabir ini didapati ianya sangat kaya dengan nilai-nilai keindahan bahasanya jika dikaji dan dihayati. Pantuan biasanya mempunyai dua maksud, antaranya maksud tersurat dan maksud tersirat yang penuh dengan kiasan kata-kata yang cukup memberi makna. Misalnya; Beli tuna di bandar Limbang, Lenyap lapar makan anggalah; Apa guna berhati bimbang, Bawa bersabar ingatkan Allah. Baca...

Undangan, Undangan, Undangan

Imej
Kad Undangan Pada bulan Mac 2014 ini sahaja, saya telah menerima sebanyak tiga kad undangan, khususnya undangan yang melibatkan saya sebagai seorang penulis kreatif. Dua di antaranya ialah undangan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu undangan dari Pantaran Sastera DBP: "Pertandingan Baca Sajak Generasi Merdeka" di Pesta Buku Brunei 2014; dan undangan dari Majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian Penerbit-Penulis Kali Pertama/2014 yang juga mengambil tempat di Pesta Buku Brunei 2014; dan undangan ketiga ialah dari Radio Televisyen Brunei bagi Majlis Gema Seni 30 Tahun Kemerdekaan. Saya sangat menghargai kesemua undangan ini, kerana ia membawa makna bahawa pihak atau orang yang mengundang kita itu masih ingat tentang diri kita. Sama ada kita mempunyai peluang untuk hadir dan bersama-sama meraikan sesuatu majlis itu atau sebaliknya, terpulanglah bagi individu yang berkenaan - tidak ada paksaan. Akan tetapi alangkah baiknya jika kita dapat hadir dan duduk bersama...

Menang dalam peraduan atau kerana menjaga reputasi sebagai seorang penulis

Imej
Saya pernah ditanya 'kenapa tidak ikut menulis dalam peraduan'. Apabila saya menjawab 'tidak berminat', mereka lalu mengatakan bahawa saya sebenarnya 'takut tidak menang, atau takut kalah memandangkan saya adalah orang yang sudah lama menulis dan karya saya sering terbit di akhbar dan majalah. Jadi adalah sangat memalukan jika saya tidak menang, apatah lagi jika peraduan itu nanti akan dimenangi oleh muka-muka baru'. Saya tidak pernah peduli dengan pendapat tersebut. Sebenarnya saya tidak pandai menulis dalam peraduan, atau kerana menginginkan hadiah, penghargaan, pengiktirafan, atau kerana nama dan sebagainya. Menjadi seorang penulis ialah kerana saya ingin membina sebuah kehidupan yang sebenarnya ke dalam diri saya, dan jika pembaca mendapat manfaat dari karya-karya saya itu, ia sudah lebih dari cukup dari apa yang saya fikirkan. Dengan yang demikian, sejak menjadi penulis, saya rasa saya sudah lama menang atau menjadi seorang pemenang - kerana untuk men...

Tawaran Penulisan Skrip Drama TV Tahun 2014

Imej
'Selamat Harijadi Mona' terbitan RTB-BMR Kelmarin saya telah menerima sepucuk surat tawaran untuk menulis skrip drama TV bagi Tahun 2014 dari Ketua Bahagian Rancangan TV, Radio Televisyen Brunei. Tawaran itu menghendaki saya menulis sinopsis dan skrip bagi 13 episod drama bersiri dalam jangka masa 25-30 minit, dan satu drama khas dalam jangka masa 45-50 minit. Tema dan sempena drama itu pula mestilah releven dengan keadaan di dalam negeri ini. Saya tidak tahu sama ada akan menulis skrip drama TV lagi atau tidak. Yang pasti saya masih mempunyai kemahuan untuk itu, dan berharap mampu menulis skrip drama TV lagi kerana melaluinya kita akan dapat memberi semangat dan laluan kepada penulis yang lain, terutamanya penulis-penulis muda kita untuk ikut serta menulis skrip drama TV dan memberi sumbangan yang sepatutnya. Kali terakhir saya menulis skrip dan terlibat sama dalam penerbitan drama TV ialah dua tahun yang lepas, iaitu melalui Drama Khas Sempena 30 Tahun Biro Mencegah R...