Baca Buku - Memupuk Bakat dan Minat Penulisan Kreatif - Teori dan Proses
Penulis : Dr. Fatimah Busu Judul : Memupuk Bakat dan Minat Penulisan Kreatif - Teori dan Proses Penerbit : PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Tahun : 2003 Muka Surat : 244p ISBN 983-192-540-8 Harga Jualan: BND$ 12.20 Ini adalah sebuah buku panduan paling lengkap pernah ditulis berkenaan faktor-faktor penting dalam proses menghasilkan karya novel dan cerpen. Kandungan buku ini termasuk bahan-bahan yang dibincangkan dalam kuliah peringkat universiti. Antara topik yang dihuraikan oleh pengarang ialah; Bagaimana Mencari Bahan dan Inspirasi , Strategi dan Stail Bercerita , Teknik Penulisan , Perwatakan dan Teknik Menampilkan Watak , Merancang dan Menyampaikan Plot , Memilih dan Melukiskan Latar , Menyusun Nada , Mengenal Jenis-Jenis Fiksyen , dan Menggunakan Unsur Pancaundera. Dr. Fatimah Busu ialah antara sasterawan kontemporari terbaik negara ini. Beliau sudah beberapa kali memenangi Hadiah Sastera , dan sangat terkenal dengan cerpennya " Nasinya Tumpah " yang di...