Penulis Bukan Islam Tidak Fahami Agama.
Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien hari ini diiktiraf secara rasmi sebagai Tokoh Sasterawan Islam Brunei manakala Al-Marhum Pengiran Shahbandar Mohd Salleh Pengiran Sharmayuda sebagai Pelopor Kesusasteraan Moden Brunei. Perisytiharan itu dibuat dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Titah perkenan berkenaan itu disabdakan oleh Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah hari ini pada Majlis Anugerah Kesusasteraan Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB). Pengiran Muda Mahkota turut mensabdakan rasa kesalnya kerana berlaku percanggahan antara Islam dan bukan Islam apabila Islam dikaitkan dengan unsur-unsur kurang sihat. "Terdapat penulisan oleh karyawan Barat yang mengatakan keadaan itu berpunca daripad