Young Dreams dari Nurul Izzati
T idak banyak penulis kita yang mahu mencuba nasib menulis dalam Bahasa Inggeris walau pun sudah bertahun-tahun melibatkan diri dalam bidang penulisan kreatif, khususnya dalam Bahasa Melayu. Bagi saya, jika kita mampu menguasai kedua-dua bahasa ini atau lebih, perbendaharaan kata dalam kamus penulisan kita akan bertambah baik dan kita akan lebih produktif. Kumpulan puisi Young Dreams adalah salah s ebuah karya yang ditulis dalam B ahasa Inggeris dari tangan seorang penulis muda yang bernama Nurul Izzati Haji Mohammed Jamil yang bertemakan cinta, persahabatan, kesetiaan, cita-cita dan impian, serta kepercayaan mengenai ketuhanan. Young Dreams ditulis sejak tahun 2004 hingga 2007 sehingga dipilih sebagai The Best Poems and Poets of 2007 yang menurut poetry.co m mempunyai visi yang sangat menarik dan unik.