4 Gaya Aliran Utama dalam Karya Novel Brunei

Gaya aliran dalam karya sastera adalah berbeza dari seorang penulis kepada seorang penulis yang lain. Aliran-aliran tersebut akan terus berkembang dan terus menemukan aliran-aliran baru pada abad yang akan datang, sesuai dengan hakikat sastera bahawa ia bersifat dinamis.

Keempat-empat aliran tersebut ialah klasisisme, romantisisme, modenisme, dan pascamodenisme yang akan dapat dikesan melalui ciri-cirinya sebagai pengenal gaya aliran seseorang penulis atau sesebuah karya yang dihasilkan dalam satu aliran tertentu.

Daripada analisis dan perbandingan terhadap perkembangan aliran novel-novel Brunei, maka berikut (lihat gambar) adalah senarai beberapa orang penulis berserta novel-novelnya mengikut periode gaya aliran utama dalam kesusasteraan;

Sumber rujukan: Haji Mohd. Ali Haji Radin, 2001. Beberapa Teknik Pascamodenisme Dalam Beberapa Novel Brunei. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Seperti apakah sastera Melayu Brunei itu.