Antologi Sajak Ahli ASTERAWANI sempena Pelayaran Emas 50 Tahun ASTERAWANI
Pada 9hb. Julai 2012 yang lalu ASTERAWANI telah mengadakan sambutan ulang tahunnya yang ke-50 tahun yang diibaratkan sebagai sebuah perahu atau bahtera yang mengharungi riak dan gelombang kehidupan ini dengan penuh semangat, khususnya di dalam mencapai cita-cita murni untuk memelihara, mengembangkan dan memertabatkan bahasa dan sastera tanah air. Justeru itu, Antologi Sajak Ahli ASTERAWANI sempena Pelayaran Emas 50 Tahun ASTERAWANI ini telah sampai ke tangan kita dengan menampilkan penyair-penyair tanah air ternama dan penting dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Brunei moden, iaitu yang terdiri dari penyair-penyair berpendidikan Universiti Al-Azhar, Mesir; penyair-penyair berpendidikan maktab perguruan atau golongan guru; dan penyair-penyair bukan berpendidikan maktab perguruan atau golongan guru.