Antologi Sajak Ahli ASTERAWANI sempena Pelayaran Emas 50 Tahun ASTERAWANI
Pada
9hb. Julai 2012 yang lalu ASTERAWANI telah mengadakan sambutan ulang tahunnya
yang ke-50 tahun yang diibaratkan sebagai sebuah perahu atau bahtera yang
mengharungi riak dan gelombang kehidupan ini dengan penuh semangat, khususnya
di dalam mencapai cita-cita murni untuk memelihara, mengembangkan dan
memertabatkan bahasa dan sastera tanah air.
Kita percaya dengan lahirnya antologi ini akan menambah lagi koleksi penerbitan ASTERAWANI sebagai khazanah buku-buku puisi tanah air; yang nanti akan menjadi wahana rujukan dan bacaan masyarakat kita, khususnya yang meminati genre sajak. Berikut ini saya petik salah sebuah sajak yang berjudul ‘Wajah dan Roh Patriotisme’ tulisan Kumala Negara, Brunei;
Justeru
itu, Antologi Sajak Ahli ASTERAWANI
sempena Pelayaran Emas 50 Tahun ASTERAWANI ini telah sampai ke tangan kita dengan menampilkan
penyair-penyair tanah air ternama dan penting dalam sejarah perkembangan
kesusasteraan Brunei moden, iaitu yang terdiri dari penyair-penyair
berpendidikan Universiti Al-Azhar, Mesir; penyair-penyair berpendidikan maktab
perguruan atau golongan guru; dan
penyair-penyair bukan berpendidikan maktab perguruan atau golongan guru.
Kita percaya dengan lahirnya antologi ini akan menambah lagi koleksi penerbitan ASTERAWANI sebagai khazanah buku-buku puisi tanah air; yang nanti akan menjadi wahana rujukan dan bacaan masyarakat kita, khususnya yang meminati genre sajak. Berikut ini saya petik salah sebuah sajak yang berjudul ‘Wajah dan Roh Patriotisme’ tulisan Kumala Negara, Brunei;
[…]
Dia
berprinsip dan komited dengan falsafah negaranya
dia
yang pertama tampil ke hadapan dia rela berkorban
dia
tidak mengharap banyak dan tidak mementingkan diri
dia
hanya mengambil dan meminta yang hak
dia
banyak memberi dari meminta dan menerima
[…]
dia
memantuni sepenuh hati jati diri bangsanya
dia
pertahan dan hidupkan maruah bangsanya dari dikhianati dan dicemari
dia
bersemangat membangun tamadun, banyak berfikir dan
bekerja
dari cakap-cakap saja
dia
taat patuh jujur dan tabah menanai amanah
[…]
Sumber rujukan: ASTERAWANI.
Antologi Sajak Ahli Asterawani: pelayaran emas 50 Tahun ASTERAWANI. ASTERAWANI:
Bandar Seri Begawan. 2012.
Ulasan