Catatan

Analisis Cerpen-Cerpen Bahana 1990-1994

Imej
Buku Analisis Cerpen-Cerpen Bahana 1990-1994 tulisan Abd. Rahman Haji Mustapa (DBP, Brunei: 2001) adalah merupakan sebuah kajian mengenai beberapa aliran mutakhir yang diungkapkan dan diperkenalkan oleh beberapa orang cerpenis tanah air kita melalui cerpen-cerpen mereka yang termuat dalam majalah Bahana pada awal era tahun 1990-an. Menurut penulis, sebanyak 163 buah cerpen yang dihasilkan oleh 69 orang cerpenis Brunei Darussalam telah dikaji dengan mengemukakan beberapa petikan, tema dan ajaran; serta beberapa ciri gaya aliran penulisan yang digunakan dalam cerpen-cerpen tersebut, sehingga kita menemukan beberapa bentuk eksperimen dan penemuan gaya baharu -- terutama sejak Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan penuh pada tahun 1984. Di antara gaya atau aliran penulisan yang ditemukan oleh penulis dalam kajian ini ialah aliran romantisisme, aliran realisme, aliran realisme pantun, aliran ekspresionisme, aliran realisme komik, aliran ekspresionisme abstrak dan aliran absur

Terima Kasih di atas Penghargaan yang diberikan

Imej
Pada Malam Apresiasi Penulis "Bahasa Jiwa Bangsa" sempena Bulan Bahasa 2015 yang lalu saya telah dipilih lagi untuk menerima satu penghormatan sebagai 'Aktivis Sastera Tanah Air', dan sijil ini (lihat photo) telah disampaikan pada malam Hari Selasa 12 Januari 2016. Ini adalah pengakuan yang kedua selepas dipilih untuk menerima penghormatan sebagai 'Aktivis Bahana 1997-1999' atas sumbangan saya yang berterusan dalam Majalah Bahana kendalian Bahagian Majalah DBP, Brunei Darussalam pada tahun-tahun tersebut. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengarah, DBP Brunei, khususnya Bahagian Majalah di atas penghargaan ini.

Kamus Puisi dan gunanya pada penulis

Imej
Sesebuah buku kamus puisi mengandungi begitu banyak istilah misteri dan bentuk seni. Biasanya ia disusun khas untuk para pelajar dan juga bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran dalam penulisan kreatif, atau seseorang yang hanya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai seni puisi yang nantinya akan dapat membantu akal kita mengenai dengan terma-terma dan jenis-jenis puisi. Buku Kamus Puisi - Siri Kamus Istilah MABBIM terbitan DBP, Kuala Lumpur 2005 adalah di antara yang terbaik untuk tujuan itu. Kamus ini mengandungi sebanyak 445 istilah berserta huraiannya yang telah disediakan oleh pakar-pakar yang mahir dalam bidang berkenaan. Pemilihan istilah masukan kamus ini adalah berdasarkan keperluan para pelajar di institusi pengajian tinggi, pengajar, pengamal dalam bidang puisi serta pengguna lain yang terlibat.