Analisis Cerpen-Cerpen Bahana 1990-1994

Buku Analisis Cerpen-Cerpen Bahana 1990-1994 tulisan Abd. Rahman Haji Mustapa (DBP, Brunei: 2001) adalah merupakan sebuah kajian mengenai beberapa aliran mutakhir yang diungkapkan dan diperkenalkan oleh beberapa orang cerpenis tanah air kita melalui cerpen-cerpen mereka yang termuat dalam majalah Bahana pada awal era tahun 1990-an.

Menurut penulis, sebanyak 163 buah cerpen yang dihasilkan oleh 69 orang cerpenis Brunei Darussalam telah dikaji dengan mengemukakan beberapa petikan, tema dan ajaran; serta beberapa ciri gaya aliran penulisan yang digunakan dalam cerpen-cerpen tersebut, sehingga kita menemukan beberapa bentuk eksperimen dan penemuan gaya baharu -- terutama sejak Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan penuh pada tahun 1984.

Di antara gaya atau aliran penulisan yang ditemukan oleh penulis dalam kajian ini ialah aliran romantisisme, aliran realisme, aliran realisme pantun, aliran ekspresionisme, aliran realisme komik, aliran ekspresionisme abstrak dan aliran absurdisme.

Penulis juga berharap semoga buku ini akan dapat menjadi panduan yang berguna; terutama bagi kita yang belum memahami atau mempelajari gaya aliran sastera, dan bagaimana mengunakannya dalam penulisan kita sehingga dapat menghasilkan karya sastera yang bermutu tinggi. Jika tidak, sekurang-kurangnya kita juga mungkin perlu mengetahui tentang teori seni sastera dan mengidentifikasikan gaya aliran mutakhir yang muncul dalam dunia penulisan seni sastera kita sekarang ini dengan baik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu