Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Karya sastera dan nilainya dalam akhbar kita

Imej
Tidak dinafikan akhbar adalah merupakan media yang sangat berguna sekali di dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kesusasteraan kita di Brunei. Melalui ruangan sastera yang disediakan oleh media tersebut penulis-penulis muda kita akan dapat memperkembangkan daya kreatif mereka dengan baik, dan secara tidak langsung memperlihatkan kesungguhan kita dalam membentuk satu tapak yang kukuh di dalam usaha membimbing mereka ke arah matlamat bersastera yang lebih meyakinkan. Setakat ini hanya akhbar harian Media Permata dan akhbar rasmi Pelita Brunei sahaja yang ada menyediakan ruangan bagi penulis sastera kita menyalurkan bahan karya mereka dalam penerbitan. Walaupun ruangan tersebut tidak begitu menyerlah dan mampu menarik ramai di kalangan penulis muda kita untuk memberi sumbangan, akan tetapi sekurang-kurangnya ia adalah sangat bermakna dalam memberi nafas baru kepada kerancakan aktiviti bersastera di negara ini. Timbul beberapa kebimbangan jika kedu...

Retrospektif - Apabila Haji Mariat Haji Abdullah Menulis

Imej
Saya tiba-tiba teringat mengenai sebuah ulasan cerpen yang ditulis oleh Haji Mariat Haji Abdullah yang berjudul Ulasan cerpen bertajuk Ibu tulisan Puasha di ruangan Sastera dan Budaya - Pelita Brunei, Aneka 16 Ogos, 2000 terbitan Jabatan Penerangan, iaitu kira-kira tujuh belas tahun yang lalu. Saya tahu, pada waktu itu karya saya tidak banyak diberi perhatian dari pembaca, penulis, pengkritik, dan pengkaji sastera kita di sini - apatah lagi menerima satu kajian dari mahasiswa/i kita yang belajar di universiti. Apabila Haji Mariat menulis; “Cerpen yang menarik perhatian saya untuk diulas kali ini bertajuk Ibu tulisan Puasha yang tersiar di akhbar rasmi kerajaan Pelita Brunei keluaran yang bertarikh 3 Mei, 2000”, saya mula percaya bahawa penulis muda seperti saya (dan awda juga) masih mempunyai keberuntungan untuk terus berkarya dengan lebih jauh. Nah, sekarang saya juga sudah dapat melihat begitu banyak penulis muda kita tampil ke hadapan. Karya mereka sudah tentu ja...