Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2020

Subung: Transkripsi dan Terjemahan

Imej
Judul: Subung: Transkripsi dan Terjemahan Penyelidik/Penyusun: Puasa bin Kamis Penerbit: Jabatan Muzium-Muzium Brunei Tahun: 2019 Muka Surat: 206pp ISBN: 978-99917-30-89-9 (Kulit Nipis) Harga: BND $12.00

Subung adalah salah satu dari sekian banyaknya himpunan kisah epik tentang dewa-dewi masyarakat Bisaya, atau yang biasa kita kenali sebagai cerita penglipur lara, cerita lisan, cerita rakyat, ataupun folklore yang berbentuk syair panjang yang dinamakan sebagai siram.

Sepertimana dengan diangdangan yang sangat terkenal dengan Bujang Si Gandam, Si Gandam Baras, Si Kamdung Larai, Tuan Pemagat, Sultan Muda Pukul Gelombang, Tuan Pemagat Pukul Gelombang, dan lain-lainnya di kalangan masyarakat Melayu Brunei, siram juga sangat popular dan digemari oleh masyarakat Bisaya di Brunei pada suatu ketika dahulu dan ia disampaikan secara spontan dan berlagu sambil memukul sebiji dombak oleh penyampainya.

Dalam memperkasa warisan budaya setempat, Subung telahpun didokumentasikan dan diterbitkan sedem…