Baca Buku - Antologi Haiku Kulimpapat
Judul : Antologi Haiku Kulimpapat Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun : 2001 Muka Surat : 286p Binding : Kulit Nipis ISBN : 99917-0-227-X Harga : BND$10.00 Sebuah antologi haiku Brunei yang ditulis oleh gabungan 46 orang penyair muda dan mapan yang menggarap pelbagai tema dengan gaya yang tersendiri. Diksinya pendek, padat dengan nilai estetika yang murni dan lebih mudah dihayati bagaikan sebuah gambaran abstrak terpamer dalam sebuah galeri. Kulimpapat atau kunang-kunang menerbitkan cahaya di gelap malam adalah lambang keupayaan penyair menyingkap kelangsungan iktihar hidup manusia dan alamnya. “Kulimpapat menjelma pada siang hari menjadi sebuah antologi haiku yang sederhana dengan pelbagai gaya puitis yang mengkagumkan di samping berjaya menyirat makna.” - Rahim Dulani. Kulimpapat , DBP Brunei. 2001)