Baca Buku - Antologi Haiku Kulimpapat
Judul: Antologi Haiku Kulimpapat Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2001 Muka Surat: 286p Binding: Kulit Nipis ISBN: 99917-0-227-X Harga: BND$10.00
Sebuah antologi haiku Brunei yang ditulis oleh gabungan 46
orang penyair muda dan mapan yang menggarap pelbagai tema dengan gaya yang
tersendiri. Diksinya pendek, padat dengan nilai estetika yang murni dan lebih
mudah dihayati bagaikan sebuah gambaran abstrak terpamer dalam sebuah galeri.
Kulimpapat atau kunang-kunang menerbitkan cahaya di gelap
malam adalah lambang keupayaan penyair menyingkap kelangsungan iktihar hidup
manusia dan alamnya.
“Kulimpapat menjelma pada siang hari menjadi sebuah
antologi haiku yang sederhana dengan pelbagai gaya puitis yang mengkagumkan di
samping berjaya menyirat makna.” - Rahim Dulani. Kulimpapat, DBP
Brunei. 2001)

Ulasan