Catatan

Sertai skrip drama TV RTB.

Imej
Penulisan Skrip Drama TV kini kembali lagi bagi edisi 2009-2010 bertujuan memperbanyakkan lagi skrip drama yang bermutu bagi siaran televisyen Radio Televisyen Brunei (RTB). Sehubungan itu, RTB mempelawa orang ramai terutamanya golongan penulis tanah air yang berbakat dalam penulisan skrip drama TV bagi menghantarkan karya-karya mereka. Bukan itu saja, penyertaan dibuka bagi memberi peluang kepada orang ramai berkarya khususnya dalam bidang penulisan skrip drama televisyen selain sebagai medan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang berkenaan. Kategori yang dibukakan bagi penyertaan adalah Drama Bersiri Kanak-Kanak selama 30 minit sebanyak 13 episod, Drama Khas Kanak-Kanak Bulan Ramadan selama 15 minit sebanyak 29 episod, Drama Bersiri Remaja selama 30 minit sebanyak 13 episod dan Drama Bersiri Bulan Ramadhan sepanjang 30 minit sebanyak 29 episod. Mereka yang berminat menyertainya boleh mendapatkan borang dan syarat penyertaan di Kaunter Penyambut Tetamu, RTB. Tarikh tutup peng

Bengkel Penyelidikan Sastera.

Imej
Saya berpeluang mengikuti Bengkel Penyelidikan Sastera yang di adakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei pada 25-27 Mei yang lalu. Bengkel selama tiga hari itu telah banyak memberi pengalaman baru pada saya, kerana selama ini saya memang tidak pernah mempelajari bagaimana cara menjalankan satu-satu penyelidikan sastera dengan lebih bersistematik. Terutama dari segi methodology dan merangka proposal (kertas cadangan penyelidikan) yang meyakinkan. Waktu itu, saya telah dipilih untuk mengetuai Kumpulan Dua bagi empat orang lagi peserta bengkel yang lainnya (lihat gambar) dan diarahkan untuk mengkaji bidang Sejarah Sastera. Setelah berbincang, kami telah bersependapat untuk memilih judul kajian, iaitu ‘Sastera Moden Brunei : Novel (1990-2000)’. Sebagai satu bidang yang belum pernah disentuh oleh mana-mana pengkaji sebelum ini saya fikir judul proposal yang kami pilih ini cukup munasabah. Dan kami memang telah berusaha untuk mencapai sesuatu yang terbaik untuk bengkel itu dan seterusnya

Malay literature not fully exploited.

Imej
Despite being so rich, not much has been written about Malay literature. Highlighting the works of many Malay writers, Hjh Aminah Hj Momin, the acting director of the Language and Literature Bureau, said not much has been written about literary figures such as Muda Omar' Ali Saifuddien, Yahya MS, Badaruddin HO, Adi Rumi, Wijaya, Shukri Zain, Yura Halim, Muslim Burmat, Norsiah MS, K Manis, Hashim Hamid, Patani and Rahimi AB, which can be a rich source of knowledge for all. Speaking during the closing of a Malay literature research workshop at the bureau's building yesterday, she said the main role of the bureau was to make sure that works of these figures reach to the public and that it was high time that the department started publishing books on their writings as the bureau has many award-winning writers who have promoted the image and name of Brunei. The bureau is the right place for such people to fulfil their role that is consistent with their tasks as editors, proof-reade

Research key to producing quality literature.

Imej
THE key to conducting systematic literary researches and increasing the quantity of written masterpieces lies in the foundation and basic knowledge on researching itself, said a senior Language and Literature Bureau official yesterday. Both readers and writers need to understand the language model, format of the literature and the content of the work requires the preparation of certain criteria in order for it to be prepared, said Hjh Aminah Hj Momin, director of Language and Literature Bureau. "The success of the research depends on the approaches either primarily or secondarily," she said at the opening of a Malay literature research workshop. "With the workshop, officers will be exposed to conducting systematic researches and increasing the amount of written researches," Hjh Aminah said, adding that the workshop acts as a foundation to the officers and local writers in the field of researching. She said that the workshop was organised to improve the quality of p

Nostalgia.

Imej
Ketika pertama kali membaca sajak yang saya hasilkan dengan judul ' Nostalgia ' yang terkandung dalam antologi sajak Cermin Diri terbitan Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, timbul rasa kecewa di hati ini. Ia adalah disebabkan oleh salah satu perkataan atau diksi yang tiba-tiba sahaja berubah menjadi ' belakangnya '. Padahal diksi asal yang saya gunakan ialah ' belanganya '. Ini secara tidak langsung telah mengubah makna atau maksud pada rangkap sajak tersebut. Hanya baru-baru ini dengan tidak disangka-sangka salah seorang pegawai yang bertanggungjawab untuk penerbitan edisi terbaharu antologi sajak ini telah menghubungi saya. Ya, ia sudah tentulah mengenai kesilapan yang telah berlaku pada sajak saya itu (dan mungkin juga sajak-sajak penulis yang lainnya). Beliau mengakui, memang banyak hal yang perlu diperbetulkan sebelum ianya dapat diterbitkan semula untuk edisi seterusnya. Bayangkan. Sesudah beberapa tahun dan edisi yang ke berapa antol