Sertai skrip drama TV RTB.

Penulisan Skrip Drama TV kini kembali lagi bagi edisi 2009-2010 bertujuan memperbanyakkan lagi skrip drama yang bermutu bagi siaran televisyen Radio Televisyen Brunei (RTB).

Sehubungan itu, RTB mempelawa orang ramai terutamanya golongan penulis tanah air yang berbakat dalam penulisan skrip drama TV bagi menghantarkan karya-karya mereka.

Bukan itu saja, penyertaan dibuka bagi memberi peluang kepada orang ramai berkarya khususnya dalam bidang penulisan skrip drama televisyen selain sebagai medan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang berkenaan.

Kategori yang dibukakan bagi penyertaan adalah Drama Bersiri Kanak-Kanak selama 30 minit sebanyak 13 episod, Drama Khas Kanak-Kanak Bulan Ramadan selama 15 minit sebanyak 29 episod, Drama Bersiri Remaja selama 30 minit sebanyak 13 episod dan Drama Bersiri Bulan Ramadhan sepanjang 30 minit sebanyak 29 episod.

Mereka yang berminat menyertainya boleh mendapatkan borang dan syarat penyertaan di Kaunter Penyambut Tetamu, RTB. Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan adalah pada 30 Julai ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut orang ramai juga boleh menghubungi Setiausaha Penulisan Skrip Drama TV 2009-2010 di talian 2236855/2243111 sambungan 221 atau Unit Drama TV di talian 2384666 sambungan 4391 pada waktu pejabat dibuka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu