Catatan

Berikut ialah petikan Laporan Panel Penilai Hadiah Kreatif Bahana 2009 yang berlangsung pada Hari Sabtu, 20 November yang lalu sebagai renungan bersama.

Imej
Penglibatan penulis dalam kalangan wanita masih di tahap yang rendah jika dibandingkan dengan penulis lelaki, walaupun ada, masih terikat dengan persoalan ruang lingkup perasaan kewanitaan mereka. Dilihat pada tema yang digarap, didapati ada pelbagai tema yang diutarakan, seperti kekeluargaan, keagamaan, kemasyarakatan, kritikan sosial dan tidak kurang juga kisah cinta. Hal-hal yang mahu disampaikan penulis dalam kebanyakan cerpen adalah perkara lumrah dalam kehidupan seharian. Sebahagiannya tentang pengalaman hidup yang pernah dilalui penulis seperti catatan perjalanan, kisah keperitan hidup suami isteri, kisah cinta terhalang, perceraian, nilai-nilai budaya iaitu tentang gotong-royong dan hidup berjiran, dan sebagainya. Namun ada juga cerpen yang memerlukan pembaca berfikir. Ini adalah dengan kebijakan dan kreativiti penulis mengajak pembaca sama-sama berfikir untuk mencari apakah persoalan dan mesej yang ingin disampaikan penulis. Semua ini adalah hasil kekuatan imajinasi dan kr

Majalah Bahana terbitan Jun 2010

Imej
Berikut adalah isi kandungan majalah Bahana terbitan bulan Jun 2010. Petikan Titah: Takkanlah UBD Saja Mengusung Mushaf, UNISSA dan KUPUSB Tidak?, Cerpen: Gamitan Memori oleh Alia MS, Esei: Penulis Bicara oleh Haji Sulaiman Haji Duraman, Wadah Penyair Darussalam, Esei: Pendekatan Teori Feminisme: cerpen 'Perempuan' oleh Khairul Bariah, Cerpen: Akhirnya Mei Lian Mau ke Syurga oleh Norsiah Abd. Gapar, Esei: Unsur-unsur Keindahan dalam Hikayat Hang Tuah oleh Siti Nor Rena Fauziah Saiman, Haiku, Pairama Sastera: Kunjungan Muhibah Program Kembara Sastera PERWILA ke Daerah Temburong oleh Sharyanty Haji Md. Sharif, Persada Puisi Pilihan: Adi Jiwa, Cerpen: Hadiah Terakhir oleh Balqis Basyarah, Syair, Esei: Mengasuh Kreativiti Penciptaan Puisi oleh Sahlan Mohd. Saman, Balada, Cerpen: Catatan: Tujuh Orang Pendeta dengan Sebatang Tunggul oleh Munshi, Esei: Unsur-unsur Keindahan dalam Hikayat Ramayana oleh Mohammad Rainie Haji Durani dan Drama: Pembebasan Brunei dari Majapahit oleh Haji Al

Sumbangan Bahana terhadap Kesusasteraan di Brunei

Saya mempunyai beberapa pertanyaan mengenai majalah Bahana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam. Saya berharap pertanyaan saya akan mendapat respon yang baik. Di sini saya ingin bertanya pendapat saudara mengenai sumbangan majalah Bahana terhadap perkembangan kesusasteraan di Brunei. Dari yang saya ketahui, majalah Bahana memaparkan karya-karya yang bukan hanya dari pengarang tempatan, bahkan melibatkan pengarang dari luar negara, seperti Malaysia dan Indonesia. Maka adakah sepanjang penerbitan majalah Bahana dari tahun 1966 hingga ke tahun ini telah benar-benar membantu memperkembangkan kesusasteraan di Brunei, sama seperti berkembangnya kesusasteraan di Malaysia dan Indonesia? Saya berharap saudara akan sudi memberi kerjasama dan menjawab pertanyaan saya ini - Eslie --------------------------------------------- Memang benar Bahana adalah majalah khusus bagi penggiat dan pencinta sastera temp

Bahana terbitan bulan Mei 2010.

Imej
Berikut ialah isi kandungan majalah Bahana terbitan bulan Mei 2010 Bil: 330 Jilid: 45. Petikan Titah: Brunei Darussalam dan Tajikistan Menjalinkan Kerjasama Mesra, Cerpen: Dalam Hati Ini... oleh Riani. R, Wadah Penyair Darussalam, Esei: Drama 'Gara-gara Sepanyol': satu kajian strukural oleh Norain Awang Othman, Cerpen: Tanggungjawabku oleh Matul, Esei: Folklor Lisan Cerita 'Tok Pandai': tindakan watak dan interpretasinya oleh Maslin Haji Jukim, Persada Puisi Pilihan: pengiranmetassan@yahoo.com, Pairama Sastera: Titian Puisi ASTERAWANI: untuk ristaan oleh Hidup Zin, Syair, Cerpen: SWADEE KAP oleh Haji Bujang Haji Matnor, Esei: Novel Makna Sebenar Sebuah Ladang: satu persoalan pascakolonial oleh A. Amin, Cerpen: pe.ma.jal. oleh JaBiT Abdul Aziz, Esei: Sajak 'Nelayan Tua' karya K. Manis: satu analisis kajian oleh As-Sajdah HMK, Balada, Pantun dan Sajak.

Segmen Bahasa dan Sastera di Rampai Pagi RTB

Imej
Ketika diwawancara dalam Segmen Bahasa dan Sastera di rancangan Rampai Pagi RTB, Isnin 11 Oktober yang lalu saya sempat juga ambil gambar bersama pengacara rancangan. Pertama kali masuk dalam rancangan ini memberi satu pengalaman yang menarik sekali bagi saya, sebab selalunya kita hanya duduk sebagai penonton di rumah ataupun di pejabat. Jika tidak disebabkan saya ini diberi penghargaan sebagai penerima Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA Brunei Darussalam di Jakarta, Indonesia yang baru lalu, sudah tentulah peluang ini tidak dapat saya rasakan dan bercakap mengenainya di khalayak ramai. Kepada rakan-rakan penulis muda yang lainnya, saya harap mereka juga mempunyai peluang begini di masa yang akan datang - teruskan usaha dan selamat berkarya.