Pertemuan Sasterawan Brunei Ke-5
Pertemuan Sasterawan Brunei (PSB) akan diadakan pada hari Rabu dan Khamis, 2-3 Muharram 1432 bersamaan 8-9 Disember 2010 yang akan datang bertempat di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong. Pertemuan ini adalah merupakan kegiatan kebangsaan dan ia merupakan satu pertemuan besar dan tinggi nilainya kepada anak bangsa Brunei terutama yang sama-sama terlibat dalam mengangkat martabat, mengembang majukan sastera dan mengharumkan nama negara. Pertemuan pada tahun ini merupakan pertemuan yang lebih bermakna sejak bermulanya pertemuan pertama pada tahun 2001 iaitu Pertemuan Penulis Brunei ke-1 (PSB). Pertemuan Sasterawan Brunei Ke-5 (PSB Ke-V) diungkayahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan dengan kerjasama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam sama-sama mengangkat martabat sastera Melayu. Pertemuan yang diungkayahkan kali ini merupakan sebagai pentas arena penulis-penulis tanah air bagi sama-sama mengongsikan pengalaman sepanjang penglibatan mereka di pertemuan atas persidangan peringka