Catatan

Retrospektif - Apabila Haji Mariat Haji Abdullah Menulis

Imej
Saya tiba-tiba teringat mengenai sebuah ulasan cerpen yang ditulis oleh Haji Mariat Haji Abdullah yang berjudul Ulasan cerpen bertajuk Ibu tulisan Puasha di ruangan Sastera dan Budaya - Pelita Brunei, Aneka 16 Ogos, 2000 terbitan Jabatan Penerangan, iaitu kira-kira tujuh belas tahun yang lalu. Saya tahu, pada waktu itu karya saya tidak banyak diberi perhatian dari pembaca, penulis, pengkritik, dan pengkaji sastera kita di sini - apatah lagi menerima satu kajian dari mahasiswa/i kita yang belajar di universiti. Apabila Haji Mariat menulis; “Cerpen yang menarik perhatian saya untuk diulas kali ini bertajuk Ibu tulisan Puasha yang tersiar di akhbar rasmi kerajaan Pelita Brunei keluaran yang bertarikh 3 Mei, 2000”, saya mula percaya bahawa penulis muda seperti saya (dan awda juga) masih mempunyai keberuntungan untuk terus berkarya dengan lebih jauh. Nah, sekarang saya juga sudah dapat melihat begitu banyak penulis muda kita tampil ke hadapan. Karya mereka sudah tentu ja

Cetera Merdeka - Kumpulan Cerpen Terbaik Dari Puasha

Imej
Kumpulan Cerpen Cetera Merdeka , DBP Brunei 2010 adalah merupakan satu-satunya kumpulan cerpen yang terbaik dan yang pernah ditulis oleh Puasha sehingga kini. Cetera Merdeka juga telah meletakkan nama penulis sebagai salah seorang penerima Hadiah Penulis Kreatif Terbaik Negara Brunei Darussalam, dan seterusnya sebagai seorang penerima Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) yang telah berlangsung di Jakarta, Indonesia pada tahun 2010 yang lalu. Kumpulan Cerpen Cetera Merdeka memuatkan 21 judul cerpen yang tidak semestinya menggambarkan sikap atau gagasan penulis terhadap sesuatu persoalan yang dicetuskan, malah ia boleh saja dianggap sebagai suatu idea, gambaran, dan usaha penulis untuk menimbulkan suasana keharmonian, kesedaran, dan kebahagiaan bagi kepentingan manusia sejagat yang sentiasa mengalami cabaran dan perubahan sehingga boleh mencorak suasana, keadaan, dan adat resam. Di samping Kumpulan Cerpen Cetera Merdeka , setakat ini pen

Seperti apakah Sastera Melayu Brunei itu.

Imej
Seseorang telah menghantar emel dan bertanya - seperti apakah sastera Melayu Brunei itu, kerana selama menjadi tenaga pengajar di negara ini dia cuma dipilih untuk mengajar bahasa dan kesusasteraan Arab sahaja, atau bahasa dan kesusasteraan Inggeris sahaja, atau yang lain-lainnya; sedangkan sastera Melayu Brunei cuma diperkenalkan dalam skala yang amat sedikit dan cukup sebagai perbandingan dan contoh dalam pengajarannya - dan pertanyaan ini muncul apabila dia sendiri menghadapi masalah untuk memahami setelah diminta untuk menulis sebuah kajian kursus sastera bandingan mengenai sastera Melayu Brunei itu dengan bahasa dan kesusasteraan yang dia ajarkan selama ini. Untuk beberapa hari, pertanyaan itu saya biarkan begitu sahaja sehinggalah saya teringat tentang dua buah buku yang ditulis oleh Yahya M. S. iaitu, Asas-Asas Kritik Sastera (DBP, Brunei: 1983) dan Menghayati Sastera Islam Abad Ke-21 (DBP, Brunei: 1998). Kedua-dua buah buku ini mengandungi banyak artikel yang berisi pemiki

Persada Puisi Pilihan - majalah Bahana

Imej
Ini adalah salah sebuah puisi yang telah dipilih dan terbit di ruangan Persada Puisi Pilihan, majalah Bahana pada Januari 2016 yang lalu. Ia adalah di antara beberapa buah puisi yang saya tulis ketika berada di Seoul, Korea Selatan. KEINGINAN tidak pasti akan kembali lagi dan bertanya di mana pejabat pos terdekat untuk kuutus poskad dan setem ke alamat rumah keluargaku; lalu kutinggalkan ramahmu kutinggalkan keinginan tidak pasti akan kembali lagi dan bertanya di mana jalan terdekat Guro Hotel untuk kupintas waktu dan lorong sesat. incheon 26/09/2014

Buku: Bibliografi Budaya Brunei

Imej
Setakat ini bibliografi khusus mengenai budaya Brunei masih sukar untuk kita perolehi, dan buku Bibliografi Budaya Brunei ini adalah merupakan langkah awal bagi membuka jendela ke arah kegiatan penyelidikan budaya Brunei khususnya kepada para penyelidik dan pengkaji budaya di kalangan tujuh Puak Jati Brunei, iaitu Puak Melayu Brunei, Puak Belait, Puak Bisaya, Puak Dusun, Puak Kedayan, Puak Murut, dan Puak Tutong menurut Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Kajian budaya khususnya dalam bidang antropologi di negara ini turut memainkan peranan penting sebagai suatu cara yang amat praktikal untuk memahami dan mendalami pengetahuan kita mengenai sesuatu upacara dan sistem di dalam sesebuah masyarakat, sehingga dapat menghasilkan satu pertalian pemikiran yang sangat erat yang bukan sahaja menghasilkan sebuah bangsa yang bernegara maju malahan juga sebagai sebuah bangsa yang memiliki semangat spiritual yang dikagumi.