Cetera Merdeka - Kumpulan Cerpen Terbaik Dari Puasha

Kumpulan Cerpen Cetera Merdeka, DBP Brunei 2010 adalah merupakan satu-satunya kumpulan cerpen yang terbaik dan yang pernah ditulis oleh Puasha sehingga kini. Cetera Merdeka juga telah meletakkan nama penulis sebagai salah seorang penerima Hadiah Penulis Kreatif Terbaik Negara Brunei Darussalam, dan seterusnya sebagai seorang penerima Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) yang telah berlangsung di Jakarta, Indonesia pada tahun 2010 yang lalu.

Kumpulan Cerpen Cetera Merdeka memuatkan 21 judul cerpen yang tidak semestinya menggambarkan sikap atau gagasan penulis terhadap sesuatu persoalan yang dicetuskan, malah ia boleh saja dianggap sebagai suatu idea, gambaran, dan usaha penulis untuk menimbulkan suasana keharmonian, kesedaran, dan kebahagiaan bagi kepentingan manusia sejagat yang sentiasa mengalami cabaran dan perubahan sehingga boleh mencorak suasana, keadaan, dan adat resam.

Di samping Kumpulan Cerpen Cetera Merdeka, setakat ini penulis juga telah menghasilkan sebuah novel Sebuah Pondok Di Bukit Kota, DBP Brunei 2004, dua buah Kumpulan Puisi, iaitu Nakhoda Manis: Pelayaran Kedua, DBP Brunei 2009, dan Sandiwara, DBP Brunei 2014 serta sebuah Kumpulan Drama TV Amanat, DBP Brunei 2015.

Ulasan