Catatan

Letak Pena, dan Salute untuk Penulis Muda Kita

Imej
Kadang kala kita berasa mahu letak pena saja, bukan kerana mengalah atau jemu untuk menulis. Akan tapi, hati nurani kita ada kalanya berasa kosong dan hampir tidak mahu bergerak ke depan lagi. Lalu, kita berharap akan ada penulis muda yang menyambung harapan kita selama ini untuk menuju ke sebuah wawasan yang lebih baik, dan salute untuk semuanya. Berikut ini ialah sebuah sajak yang telah saya tulis beberapa tahun yang lalu, dan ia pernah mengingatkan saya untuk terus memegang pena sehingga kita dapat mencapai sebuah impian yang kita hasratkan - selagi hidup dan matinya kita hanya dengan hati nurani yang sungguh murni atau sebaliknya, sebagai seorang manusia yang menulis; Apabila Penulis Mati Apabila penulis mati dunia adalah tempat yang menyedihkan kerana ia telah mengakhiri kalimatnya - untuk selamanya sesudah menulis sebuah riwayat dan menjadikan manuskrip kehidupan ini sangat tebal dan penuh dengan makna bagaikan dakwat yang kering dan pena yang bergolek di sudut meja, kesaktiann

Kumpulan Drama TV "Amanat".

Imej
Judul: Kumpulan Drama TV "Amanat" Penulis: Puasha Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2015 Muka Surat: 228p Binding: Kulit Nipis ISBN 978-99917-0-970-3 Harga: BND$7.00 PERKEMBANGAN MEDIA elektronik khususnya televisyen dan radio di negara ini telah membuka ruang dan peluang kepada penulis untuk menghasilkan karya-karya mereka melalui penulisan skrip drama radio dan televisyen. Ini adalah kesempatan yang sangat berharga kepada mereka yang meminati bidang ini. Penciptaan skrip drama radio mahupun televisyen menuntut kepada keupayaan kreatif untuk menghasilkan skrip yang sempurna, baik dari segi babak, watak dan perwatakan, lokasi dan kejadian, aksi, visual dan kesan bunyi. Ini dengan sendirinya akan membentuk sebuah drama yang menarik untuk dipertontonkan dan dihayati kepada khalayaknya. Kumpulan Drama TV Amanat mengandungi empat buah drama TV, iaitu "Amanat", "Kembali ke Pangkal Jalan", "Menentang Arus", dan "Selamat Hari Jadi Mo

Taman Mimpi - H. Mar

Imej
Judul: Taman Mimpi Penulis: H. Mar Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2021 Muka Surat:  112p  Binding: Kulit Nipis ISBN 978-99917-69-84-4 Harga: BND$6.00 Kumpulan Drama Taman Mimpi merupakan satu realiti kehidupan yang terperangkap di dalam sebuah taman. Taman yang dipenuhi mimpi dan igauan yang panjang dan meletihkan. Sebuah taman yang sunyi dan terasing. Sebuah taman yang hanya ada malam. Malam yang memberi ruang kepada manusia untuk ketawa dan menangis. Sebuah taman yang menyimpan rahsia mimpi dan harapan manusia untuk melihat terbitnya matahari.

Sebuah Pondok di Bukit Kota

Imej
Judul: Sebuah Pondok di Bukit Kota Penulis: Puasha Kamis Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2004 Muka Surat: 70p Binding: Kulit Nipis ISBN: 99917-0-341-1 Harga: BND$4.00 Perkembangan penulisan novel remaja di Negara Brunei Darussalam setakat ini agak terkebelakang jika dibandingkan dengan novel dewasa. Ketandusan ini dapat dirasakan dengan kemunculan novel remaja yang terlalu sedikit bilangannya, apatah lagi setelah tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei sejak lebih 40 tahun yang lalu. Usaha untuk menambah bilangan penerbitan novel remaja akan tetap diungkayahkan, dengan mengambil beberapa langkah wajar untuk memberikan galakan intensif agar penulis di negara ini akan tetap prihatin dan mempunyai minat menghasilkan novel remaja yang bersesuaian dengan alam dan kehidupan remaja itu sendiri yang sentiasa terdedah kepada cabaran alaf baru. Kelahiran novel remaja Sebuah Pondok di Bukit Kota , karya Puasha ini diharap akan dapat menggamit minda dan naluri pembaca k

Persada Puisi Pilihan - Pandanglah ke Bulan

Imej
'Pandanglah ke Bulan' adalah sebuah judul puisi pilihan terbaharu Puasha yang telah dimuatkan dalam ruangan Persada Puisi Pilihan, Majalah Bahana , September - Oktober 2021, terbitan Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam. Di antara judul-judul puisi pilihan yang lain yang turut dimuatkan ialah 'Berjalan Tanpa Selipar', 'Menjadi Kuat', 'Hidup Biarlah Bersimpul Mati Bersama', dan 'Catatan Tercicir dari Si Kecil'. Saya juga tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sidang editor majalah kerana memilih puisi ini sesuai dengan situasi kita yang berada dalam epidemik Covid-19 sekarang. Majalah Bahana diterbitkan dua bulan sekali oleh Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam sebagai wadah hati nurani penulis kreatif di negara ini khasnya, dan pada umumnya diketengahkan juga kepada penulis-penulis kreatif sastera Melayu di rantau Asia Tenggara dan dunia pada keseluruhannya. Pandanglah ke Bulan