Kumpulan Drama TV "Amanat".

Judul: Kumpulan Drama TV "Amanat" Penulis: Puasha Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2015 Muka Surat: 228p Binding: Kulit Nipis ISBN 978-99917-0-970-3 Harga: BND$7.00

PERKEMBANGAN MEDIA elektronik khususnya televisyen dan radio di negara ini telah membuka ruang dan peluang kepada penulis untuk menghasilkan karya-karya mereka melalui penulisan skrip drama radio dan televisyen. Ini adalah kesempatan yang sangat berharga kepada mereka yang meminati bidang ini.

Penciptaan skrip drama radio mahupun televisyen menuntut kepada keupayaan kreatif untuk menghasilkan skrip yang sempurna, baik dari segi babak, watak dan perwatakan, lokasi dan kejadian, aksi, visual dan kesan bunyi. Ini dengan sendirinya akan membentuk sebuah drama yang menarik untuk dipertontonkan dan dihayati kepada khalayaknya.

Kumpulan Drama TV Amanat mengandungi empat buah drama TV, iaitu "Amanat", "Kembali ke Pangkal Jalan", "Menentang Arus", dan "Selamat Hari Jadi Mona...". Kesemua skrip drama berkenaan pernah diolah dan diterbitkan oleh Unit Drama TV, Jabatan Radio Televisyen Brunei.

Kumpulan drama ini memaparkan pelbagai konflik yang berkaitan dengan isu masyarakat masa kini, seperti dadah, rasuah, penipuan, dan sebagainya yang akhirnya dapat diselesaikan dengan cara yang baik sehingga mampu memberi manfaat kepada khalayak.

(Dipetik dari Prakata Hajah Aminah binti Haji Momin, Pengarah Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2015. hal. vii).

Ulasan