Catatan

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu

Imej
Rakan penulis dan para pembaca yang saya hormati sekaliannya. Isu rasuah bukanlah isu baharu yang pernah saya tulis, kerana sebelum ini saya sudah pernah menulis dua buah Skrip Drama Khas TV terbitan RTB-Biro Mencegah Rasuah dengan mengetengahkan isu yang sama. Oleh yang demikian, sebagai penulis saya tidak berhenti hanya dengan menulis dua buah Skrip Drama TV khusus mengenai rasuah untuk siaran televisyen sahaja. Melalui cerpen 'Aku Tidak Mahu Rasuah' terbitan Juara Pelajar (DBP: Mei-Jun 2014) yang lalu, saya juga telah menulis (dan memberi peringatan) bagaimana rasuah itu boleh berlaku dan melibatkan adik-adik kita, khususnya para pelajar sekolah tanpa kita sedari. Nampaknya, perbuatan merasuah dan menerima rasuah itu bukan hanya merosakkan individu-individu yang terbabit saja, malah ia juga boleh melibatkan keluarga, masyarakat, dan kerajaan kita ke dalam berbagai kancah masalah. Lebih buruk dari itu, rasuah boleh menyebabkan sesebuah negara mengalami kemusnahan dan

Seoul dalam Puisi: menemukan watak diri

Imej
Pada 24hb.-25hb. September yang lalu saya berada di Republik Korea untuk menghadiri Regional Expert Meeting: 2014 SEAMEO-APCEIU Collaboration on Educational Material Development for Cultural Understanding - Everyday Objects from Southeast Asia and Korea. Dua hari penuh dalam dewan mesyuarat adalah waktu yang sangat melelahkan, namun sebagai seorang penulis saya juga sempat mengabdikan pengalaman berada di republik itu ke dalam beberapa buah puisi --- --- terutama apabila saya mempunyai kesempatan untuk berjalan keluar dari tempat penginapan, lalu menjejakkan kaki di lorong-lorong malamnya sehingga melewati jalan-jalan subway yang membawa penumpangnya ke seluruh pelusuk bandaraya Seoul. Di bawah ini adalah puisi yang pertama saya tulis sejak berada di republik tersebut. Sementara puisi yang lainnya boleh awda baca di bawah pautan berikut http://www.puasha.com/p/blog-page_20.html WATAK pandanganmu hilang di sepanjang perjalanan jauh kau tidak lagi melihat rupamu Seoul k

Sungai Brunei dan Sajak-Sajak Lain

Imej
Saya cuma mengambil masa kurang dari seminggu untuk mentelaah sajak-sajak dari dalam buku kumpulan 'Sungai Brunei dan Sajak-Sajak Lain' atau 'Brunei River and Other Poems' (2004) hasil tulisan Azeez ini. Nampaknya, begitu banyak sekali perkara yang perlu kita lihat, kita fikir dan renung dalam kehidupan ini sebenarnya. Saya percaya buku ini sudah tentu akan dapat memberi inspirasi kepada pembacanya (dan kepada para pelajar khususnya), bahkan kepada mereka yang sudah masak dengan penulisan puisi di negara ini. ' Dr. Azeez has used contemporary themes to capture the spirit of Brunei in his poetry. We are gently led from the everyday chatter of children, queues of teachers waiting for their water taxi ride to the famous Kampong Ayer, to the more spiritual aspects which underlie and permeate Brunei culture... ' tulis Abdul Karim Madarshah, seorang guru dari Sekolah Menengah Berakas dalam komennya melalui blurb buku ini. Saya tertarik dengan sajak "Brunei

Maaf Zahir dan Batin

Imej
Bersempena di Hari Raya Aidil Fitri yang mulia ini saya memohon maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan penulis, dan juga kepada para pembaca yang sentiasa mengikuti catatan saya di blog ini. Semoga di hari raya yang mulia ini kita semua akan dapat bersatu hati dan menanam sikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain di dalam mencapai apa jua yang kita hajati dalam kehidupan ini. Sebagai penulis kita juga tidak lari dari melakukan kesilapan, dan janganlah pula perkara itu dibiarkan terus berlaku sehingga merosakkan hubungan baik kita sebagai seorang insan. Untuk akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Pertandingan Deklamasi Puisi Ramadhan 1435H

Imej
Kelmarin saya ada menerima Kad Undangan dari Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei melalui pos, dan hari ini, oleh kerana tidak sempat untuk menghadirinya, saya hanya mendengar berita mengenai aktiviti Pantaran Sastera DBP Sempena Sambutan Bulan Bahasa 2014 itu melalui rakan-rakan di media sosial. Walau bagaimanapun saya ucapkan tahniah kepada para pemenang (lihat gambar), semoga dengan adanya pertandingan seperti ini akan menambah semangat kita untuk lebih bergiat dengan sastera, dan menulis dengan bersungguh-sungguh.

Majalah Pantaran, dan Riak Bahasa.

Imej
Majalah Pantaran, dan Riak Bahasa Ketika hadir di majlis sambutan Bulan Bahasa 2014 yang lalu saya turut diraikan dengan dua buah terbitan baharu Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Salah satu di antaranya ialah Riak Bahasa yang mengandungi berita kebahasaan untuk dikongsikan kepada semua masyarakat pembaca di negara ini, mahupun serantau. Riak Bahasa adalah hasil kelolaan Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa dan diterbitkan dua keluaran setiap tahun, iaitu mulai bulan Januari hingga Jun, dan Julai hingga Disember. Sementara terbitan berikutnya ialah Pantaran , sebuah majalah umum yang memuatkan warna-warni peristiwa, perkembangan isu semasa, sosiobudaya, kesihatan, pendidikan, rekreasi, ekonomi, sukan, busana, pelancongan yang terjadi di Negara Brunei Darussalam, dan juga luar negara. Menurut Hajah Aminah binti Haji Momin, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka melalui ruangan Tinta majalah ini, 'Penerbitan Majalah Pantaran juga adalah sebagai usaha jabatan untuk me

Bulan Bahasa 2014 "Daulatkan Bahasa Melayu".

Imej
Buku Program Bulan Bahasa 2014. Pada Hari Sabtu 7 Ramadhan 1435 bersamaan 5 Julai 2014 yang lalu saya berpeluang menghadiri satu sambutan yang dinamakan Bulan Bahasa. Majlis bagi sambutan itu dikelolakan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan diselenggarakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Pejabat Daerah Brunei dan Muara, Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Seperti sambutan Bulan Bahasa pada tahun-tahun yang lalu, Bulan Bahasa 2014 pada kali ini juga masih mengekalkan tema yang sama, iaitu "Daulatkan Bahasa Melayu". Tema ini memang mempunyai cakupan maknanya yang sangat luas dan penuh semangat kemelayuan, bersifat eksklusif dan menjadi gagasan bagi mencapai hasrat kita dalam mendaulat, mengembang dan meneruskan kelangsungan bahasa Melayu, sama ada Rumi mahupun Jawi, dari aspek bahasa, sastera dan budaya di Negara Brun

Isu Rasuah dalam 'Selamat Harijadi Mona...'

Imej
S elamat Harijadi Mona adalah sebuah skrip Drama TV Khas sempena 30 Tahun Biro Mencegah Rasuah yang telah saya tulis atas permintaan Biro Mencegah Rasuah dengan kerjasama Radio Televisyen Brunei. Drama ini telah disiarkan pada tahun 2012 yang lalu, dan telah mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan penonton tempatan kita di sini. Oleh kerana drama ini melibatkan dua buah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab di dalam menyebarluaskan isu-isu berkenaan dengan keselamatan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat di negara ini, sebagai seorang penulis skrip saya telah mengambil beberapa inisiatif bagi melaksanakan sebuah skrip yang menepati kehendak penerbit, dan dapat ditampilkan ke dalam skrin. Antaranya ialah dengan mendengar dan membaca kes-kes yang pernah terjadi, serta membuat penyelidikan mengenai isu-isu yang berkaitan, (dalam kontek ini ialah bagaimana rasuah itu boleh berlaku) sehingga ianya merosakkan seseorang individu atau ahli di dalam sesebuah keluarga, atau s

Memberiga dan Melestari Melayu Islam Beraja melalui Karya Sastera

Imej
Untuk kali ini saya berpeluang lagi menghadiri satu seminar yang dinamakan 'Seminar dan Malam Sastera' yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja kelolaan Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) tepatnya pada 28 - 29 Mei 2014 di Goldstone Ballroom, The Centrepoint Hotel, Gadong. Seminar ini bertemakan 'Memberiga dan Melestari Melayu Islam Beraja' yang merupakan satu usaha untuk memperkukuhkan kefahaman Konsep Melayu Islam Beraja melalui karya sastera, di samping membantu mempertemukan para peserta, khususnya, penulis dan pelajar dalam satu wadah untuk berkongsi pengetahuan dan pandangan dalam rangka usaha memelihara dan melestarikan Melayu Islam Beraja di dalam menghasilkan karya-karya sastera yang bertunjangkan konsep atau falsafah tersebut. Sebagai penulis, seminar ini dirasakan sangat berketepatan sekali dengan perkembangan dan kedudukan sastera kita, iaitu apabila kemajuan teknologi semakin tersebar dan mempengaruhi nilai-nilai moral ya

Penandatanganan Memorandum Perjanjian Penerbit-Penulis Kali Pertama/2014

Imej
Sehingga kini saya sudah berhasil menulis lima buah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei setelah termaterainya penandatanganan memorandum perjanjian penerbitan dua buah buku Kumpulan Drama TV: Amanat dan Kumpulan Puisi: Sandiwara pada 05 Mac 2014 yang lalu. Gambar: Hzumy HY